Orang ramai diingatkan berhati-hati salur sumbangan tebus tanah Masjid Ar-Ridzuan – Saarani

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan menyemak terlebih dahulu nombor akaun masjid kariah masing-masing sebelum menyalurkan sumbangan bagi menebus semula tanah Masjid Ar-Ridzuan di Alor Pongsu, Bagan Serai.

Menurut beliau, langkah ini penting bagi mengelakkan orang ramai menjadi mangsa penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan atas usaha murni tersebut.

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada rakyat Perak yang pemurah. Apabila perkara ini diketengahkan, ia memberi ruang dan peluang kepada semua, terutamanya umat Islam, untuk tampil membantu.

“Namun, saya berharap agar orang ramai sentiasa berwaspada dan meneliti terlebih dahulu maklumat yang diterima. Sudah banyak kes penipuan berlaku, termasuk yang melibatkan kutipan derma kebajikan melalui penggunaan kod QR palsu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Inisiatif Buku Rujukan Tambahan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Program Tuisyen Cikgu Saarani di Foyer Pejabat Menteri Besar Perak, di sini, pada Rabu.

Turut hadir, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah.

Mengulas lanjut, Saarani memaklumkan bahawa Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah mengeluarkan pekeliling kepada semua masjid di negeri ini untuk menyalurkan kutipan solat Jumaat minggu ini bagi tujuan menebus semula tanah masjid berkenaan.

Sebelum ini, pada 5 Mei lalu, JAIPk menyarankan agar masjid-masjid dan Surau Diri Jumaat (SDJ) menyediakan tabung khas bertemakan ‘Selamatkan Masjid Jamek Ar-Ridzuan, Alor Pongsu, Bagan Serai’ pada 9 dan 16 Mei 2025.

Kutipan tersebut akan disalurkan ke dalam akaun yang disediakan oleh JAIPk atas nama Tabung Bantuan Bencana dan Kemanusiaan, dengan nombor akaun Bank Islam Malaysia Berhad: 08013010091983.

Usaha ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri untuk menebus semula tanah masjid bernilai RM1.8 juta itu, yang asalnya diwakafkan kepada masjid tetapi telah dijual kepada pembeli bukan Islam pada tahun 2012.

Dalam pada itu, Saarani turut menekankan kepentingan semua masjid, surau, dan sekolah agama rakyat di Perak untuk mendaftarkan tanah wakaf masing-masing di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Katanya, masih terdapat banyak masjid lama yang dibina atas tanah wakaf individu namun belum didaftarkan secara rasmi, menjadikan ia berisiko dituntut oleh waris pewakaf atau dijual kepada pihak ketiga.

Related Posts

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

SHAH ALAM – ‘Keselamatan dan kesejahteraan pengunjung adalah keutamaan kami’, demikian penegasan Taman Tema Sunway selepas mengesahkan insiden membabitkan sebuah tarikan di Sunway Lagoon pada 22 Ogos lalu yang melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

IPOH – Kegiatan memiliki dan menyimpan daun ketum serta air minuman itu membawa padah apabila lima lelaki tempatan ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kerian dan Hilir Perak, pada Isnin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat