94 PATI ditahan dalam operasi Imigresen di Penampang

PENAMPANG – Seramai 94 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Operasi Gempur Bersasar yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah (JIM Sabah) di sekitar daerah ini pada Rabu.

Pengarah JIM Sabah, Datuk SH Siti Saleha Habib Yussof, operasi berkenaan dijalankan susulan aduan dan risikan selama seminggu melibatkan kawasan tapak binaan di sekitar Penampang dengan 165 individu diperiksa.

“Daripada jumlah itu, seramai 94 orang PATI ditahan kerana disyaki melanggar Akta Imigresen 1959/63.

“Mereka terdiri daripada 60 lelaki dewasa, 12 wanita dewasa, 11 kanak-kanak lelaki dan 11 kanak-kanak perempuan.

“Kesemua yang ditahan dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasa Kota Kinabalu untuk dokumentasi dan siasatan lanjut kerana dipercayai melanggar Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik Facebook Imigresen Sabah.

Jelasnya, operasi yang bermula pukul 10 pagi itu melibatkan 75 pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Penguatkuasaan JIM Sabah dan dilaksanakan serentak di seluruh negara.

Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti pendatang asing tanpa izin atau majikan yang menggaji mereka secara haram supaya tampil menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.

Sementara itu, beliau berkata operasi penguatkuasaan akan diteruskan bagi mengesan, menangkap, mendakwa dan memindah warga asing yang melanggar undang-undang termasuk di bawah Akta Pasport 1966 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

“Setakat ini, sebanyak 11,000 individu telah diperiksa dengan 1,956 tangkapan dan pemindahan PATI melibatkan 4,851 orang ke negara asal masing-masing.

“JIM akan terus memastikan hanya individu yang mematuhi undang-undang dibenarkan bekerja dan menetap di Malaysia,” katanya.

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu