Lelaki maut terkena tembakan senapang buatan sendiri

KUANTAN – Polis menahan enam lelaki semalam, susulan kematian rakan mereka berusia 62 tahun akibat terkena tembakan senapang buatan sendiri ketika dipercayai melakukan aktiviti pemburuan di kawasan hutan Tebu Hitam, dekat Rompin, kelmarin.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mereka yang ditahan itu berusia antara 35 dan 67 tahun.

Katanya, lima laras senapang patah buatan sendiri dan satu laras senapang patah jenis Benelli Armi-Urbino bersama 25 butir peluru penabur turut dirampas untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960 yang sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000,” katanya dalam kenyataan.

Yahaya berkata, berdasarkan laporan, seorang lelaki berusia 54 tahun membuat laporan polis berkaitan kematian seorang lelaki selepas senapang patah buatan sendiri meletup.

Katanya, peluru itu terkena jari kelingking tangan kanan mangsa – sebelum mengenai sisi dada sebelah kanan – ketika keluar memburu bersama enam rakan di kawasan hutan Tebu Hitam, Rompin.

“Hasil bedah siasat dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, semalam, mendapati punca kematian disebabkan ‘cedera akibat tembakan di dada’ dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Hasil siasatan lanjut, enam lelaki ditahan dan lima laras senapang patah buatan sendiri, satu laras senapang patah jenis Benelli Armi-Urbino serta 25 butir peluru penabur dirampas kerana terbabit dengan aktiviti pemburuan haram,” katanya.

Related Posts

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

KUCHING – Tourism Malaysia dengan kerjasama stesen radio Cats FM sukses menganjurkan program Miss SHOPhia Shopping Hunt 2026 bagi mempromosikan pelancongan domestik dan merancakkan sektor peruncitan di Sarawak.   Program interaktif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan

SIBU – Sebuah badan khas dikenali sebagai Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan dengan dana permulaan sebanyak RM1.5 bilion bagi memperkukuh pertumbuhan ekonomi Sibu dan zon tengah Sarawak. Premier Sarawak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor