Tindakan pantas bomba Tawau berjaya kawal api marak, 47 rumah selamat

TAWAU – Tindakan pantas bomba Tawau berjaya mengawal api yang marak dari terus merebak ke 47 rumah berhampiran dalam kejadian kebakaran di Kampung Baru, Batu 2 di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 pagi itu, tiga rumah satu tingkat jenis separuh kekal musnah sepenuhnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ushin berkata, pohaknya menerima panggilan kecemasan pukul 3.17 pagi sebelum sepasukan 25 anggota bersama jentera digegaskan ke lokasi.

“Sebaik tiba, pemadaman dilakukan menggunakan dua aliran 200 kaki dua pancutan dari tangki air jentera dan satu aliran 300 kaki dua pancutan dari pili bomba.

“50 buah rumah dianggarkan di kawasan itu, api berjaya dikawal 4.04 pagi dan mengelakkan api merebak ke 47 rumah yang lain,” katanya ketika dihubungi, pada Selasa.

Jemishin berkata, operasi kemudian tamat pukul 7.11 pagi sebaik kawasan sekitar dipastikan selamat.

Related Posts

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

SEBUYAU – Program STEM Catalysts 2026 yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sebuyau di sini berjaya memperkasa lebih 260 pelajar generasi baharu untuk mendepani teknologi masa depan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

KUANTAN – Seorang lelaki rebah dan meninggal dunia di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kuantan di sini ketika singgah dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya pada awal pagi tadi. Mangsa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

  • By Ynom
  • April 22, 2026
Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara