
TAWAU – Tindakan pantas Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya menahan seorang lelaki sekali gus menggagalkan cubaan menyeludup masuk 20 pek rokok seludup di kawasan laut pelabuhan Tawau.
PPM Wilayah 4 Sabah dalam satu kenyataan berkata, rampasan rokok terbabit berjaya dibuat selepas pemeriksaan dilakukan ke atas sebuah bot yang membawa rokok jenama Surya dan Gudang Garam yang dipercayai di seludup dari negara jiran.
“Anggaran nilai keseluruhan rampasan termasuk bot sebanyak RM95,780.00.
“Lelaki warga tempatan berumur 25 tahun turut ditahan untuk siasatan disiasat di bawah Akta Kastam 1967,” kata kenyataan itu pada Isnin.

Jelas kenyataan sama, PPM Wilayah 4 Sabah terus komited dalam membanteras jenayah penyeludupan demi keselamatan dan kesejahteraan negara.






