Kari ayam Malaysia stew terbaik dunia

PUTRAJAYA – Kari ayam Malaysia dinobatkan sebagai stew terbaik dunia dalam senarai 50 Stew Terbaik oleh TasteAtlas bagi April 2025.

Pengumuman itu dibuat TasteAtlas, sebuah platform makanan dalam talian yang menggambarkan laman itu sebagai ensiklopedia rasa dan atlas dunia bagi hidangan tradisional, bahan tempatan serta restoran tulen.

Dalam satu hantaran di Facebook, TasteAtlas mengucapkan tahniah kepada pemenang dengan kapsyen, “Tahniah! 50 Stew Terbaik, Kedudukan TasteAtlas (APR 2025).”

Kari Ayam menduduki tempat pertama, diikuti Kari Phanaeng dari Thailand dan Dzhash dari Armenia, manakala Murgh Makhani dari India dan Kalle Pache dari Iran melengkapkan lima tangga teratas.

TasteAtlas turut menyatakan bahawa penarafan makanan dibuat berdasarkan pendapat komuniti globalnya, selain kualiti dan keaslian sesuatu hidangan tradisional.

Antara stew lain dalam 10 tempat teratas termasuk Rendang dari Indonesia (keenam), Keema dari India (kelapan), dan Hünkar Begendi dari Turkiye (kesembilan), sekaligus mencerminkan pengaruh kuat masakan Asia.

Senarai itu turut menampilkan beberapa hidangan lain dari rantau ini seperti Kari Massaman dari Thailand (ketujuh), Kari Hijau (ke-26), dan Bo Kho dari Vietnam (ke-36).

Menurut platform itu, lebih 10,000 item makanan dan minuman dikatalogkan setakat ini, dengan ribuan lagi sedang dalam kajian dan pemetaan, termasuk pelbagai kepakaran tempatan yang jarang dikenali atau hampir dilupakan.

TasteAtlas berusaha mendokumentasikan warisan kulinari dari seluruh dunia, termasuk dari bandar raya, wilayah dan kawasan luar bandar.

Senarai penuh stew terbaik dunia boleh diakses di www.tasteatlas.com/best-rated-stews-in-the-world.

Related Posts

Sultan Ibrahim berangkat ke Rusia atas jemputan khas Putin

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke Moscow atas jemputan khas Rusia menjelang sambutan Ulang Tahun Hari Kemenangan, pada 9 Mei ini. Menurut hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kuota jemaah haji Malaysia musim ini ditutup

KUALA LUMPUR – Kuota haji Malaysia bagi musim ini ditutup sepenuhnya selepas semua 31,600 tempat berjaya diisi. Ia sekali gus menamatkan peluang terakhir kepada jemaah dalam senarai menunggu untuk menunaikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

Guru tuisyen mengaku salah 7 pertuduhan rogol anak kandung

Guru tuisyen mengaku salah 7 pertuduhan rogol anak kandung

AI pacu transformasi digital Sabah, sokong ekonomi biru – Masidi

AI pacu transformasi digital Sabah, sokong ekonomi biru – Masidi

Majlis Perundingan jadi kunci stabilkan konflik Kerajaan Perpaduan

Majlis Perundingan jadi kunci stabilkan konflik Kerajaan Perpaduan

RM13.84 juta untuk belia Johor, fokus usahawan dan sukan

RM13.84 juta untuk belia Johor, fokus usahawan dan sukan