Calon BN puas hati perjalanan mengundi

TAPAH – Calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir bersedia menerima apa-apa keputusan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning yang berlangsung sejak jam 8 pagi tadi.

Bapa kepada empat anak yang juga pesara berusia 54 tahun itu berpuas hati dengan perjalanan proses berkenaan, selain berharap pemilih berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan keluar awal untuk mengundi.

“Pastinya hari ini penentuan, seperti dinyatakan dalam siri kempen sebelum ini, saya dan jentera mempromosi supaya pengundi memilih BN dan harap ia diterjemahkan pada kertas undi.

“Pengundi juga dinasihatkan keluar awal dan pagi ini, kita lihat cuaca pun baik, selain berharap ia berterusan hingga petang bagi membolehkan orang ramai keluar mengundi.

“Saya sudah tak boleh merayu (berkempen), tetapi harap pengundi akan memberi sokongan kepada BN,” katanya ketika ditemui media selepas selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Sungai Lesong, pada Sabtu.

Terdahulu, Mohamad Yusri yang juga Setiausaha UMNO Tapah itu tiba di pusat pengundian berkenaan pada jam 8.45 pagi.

PRK DUN Ayer Kuning menyaksikan saingan tiga penjuru antara Mohamad Yusri; Abdul Muhaimin Malek mewakili Perikatan Nasional (PN) dan Bawani KS daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Ia diadakan susulan kematian penyandang, Ishsam Shahruddin akibat serangan jantung selepas menyertai perlawanan bola persahabatan di Pulau Pinang, pada 22 Februari lalu.

Ditanya pertembungan dengan pesainganya di pusat mengundi itu, Mohamad Yusri menyifatkan kejadian sedemikian adalah perkara biasa.

“Tak mengapa, ia (bertembung dengan pesaing) memang dibenarkan tetapi saya tidak sempat berborak kerana meninjau saluran (pengundian) berlainan.

“Saya tiada masalah untuk bertembung dengan mana-mana pihak kerana kita mengamalkan politik matang,” katanya.

Related Posts

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

KUCHING – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Sarawak menyambut baik keputusan membatalkan arahan kawalan jualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di negeri ini.   Pengerusinya yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

MIRI – Potensi Miri sebagai destinasi edupelancongan bakal diperkukuh menerusi kerjasama strategik bersama Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) membabitkan pembangunan pakej pendidikan antara Miri, Bintulu dan Brunei. Timbalan Menteri Pelancongan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan