Bayi dalam beg ditinggal depan rumah di Kg Lok Urai

KOTA KINABALU – Seorang bayi lelaki berbalut kain batik ditemukan dalam sebuah beg berwarna hijau di hadapan tangga sebuah rumah di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya pada awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner (ACP) Kasim Muda berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian daripada ketua kampung tersebut sekitar pukul 6 pagi.

“Hasil siasatan mendapati, pada lebih kurang pukul 5.30 pagi, seorang lelaki tempatan telah menemukan sebuah beg berwarna hijau.

“Beg tersebut berisi seorang bayi lelaki yang dibaluti kain batik, diletakkan di hadapan tangga rumahnya di Kg Lok Urai, Pulau Gaya.

“Orang awam tersebut telah membawa bayi ke beranda rumah, kemudian menghubungi ketua kampung bagi memaklumkan kejadian,” katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.

Jelasnya kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan untuk tampil membantu siasatan.

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

MUKAH – Kehadiran luar biasa seramai 110,772 pengunjung sepanjang tiga hari Penganjuran Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Mukah membuktikan semangat perpaduan dan keharmonian kaum di bahagian ini berada pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017