Kenyataan ‘babi, bukan haji’ bukti agama tunggangan permainan Pas

TAPAH – Menyamakan ibadah haji dengan isu ladang babi sebagai alat kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning adalah satu bentuk penghinaan terhadap ilmu dan kesucian agama Islam.

Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Danial Al Rashid Haron Aminar Rashid berkata, kenyataan dilemparkan Pemuda Pas secara jelas persenda kewajipan haji, dengan penulisan tidak bertanggungjawab kononnya ‘babi, bukan haji’.

Beliau menyifatkan ia sebagai satu penghinaan terhadap syariat Islam dan bukti bagaimana agama digunakan secara sempit demi keuntungan politik.

“Kenyataan itu bukan sahaja memalukan malah mencerminkan kerosakan akhlak politik apabila lidah pemimpin digunakan untuk memperdagangkan agama bagi meraih kuasa.

“Haji adalah kewajipan fardu ain ke atas setiap Muslim yang mampu. Ia bukan suatu pilihan yang boleh ditangguhkan semata-mata untuk bertanding dalam pilihan raya,” katanya menerusi kenyataan, pada Jumaat.

Sehubungan itu, Danial menyeru orang ramai membiarkan agama dipermainkan oleh golongan yang kononnya memperjuangkannya dan kempen politik sepatutnya menjunjung adab, akhlak serta dasar yang membina.

Tegasnya, politik perlu dikembalikan kepada prinsip maqasid syariah yang sebenar iaitu berteraskan keadilan, ilmu, maruah dan maslahat rakyat.

“Kita menyeru para pengundi di Ayer Kuning dan seluruh umat Islam agar menolak politik berasaskan perkauman, penghinaan serta putar belit agama demi kuasa,” ujarnya lagi.

“Agama bukan alat kuasa tetapi politik mesti tunduk kepada akhlak dan kebenaran,” katanya. 

Terdahulu, Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, sejumlah pihak memainkan kenyataan Abdul Hadi Awang berkenaan menangguhkan haji kerana ingin mengalih perhatian masyarakat daripada isu sebenar dalam PRK Ayer Kuning.

“Sebenarnya depa hanya nak alih isu babi sahaja. Depa gagal jawab isu itu.

“Isu sebenar adalah babi, bukan haji,” kata Afnan di Facebook.

Stigma penternakan babi haram yang dimainkan oleh PN pada PRK Ayer Kuning ternyata retorik politik semata-mata pembangkang dan perkara itu terbukti apabila tidak dapat mengesahkan industri hiliran itu memiliki lesen atau tidak apabila diajukan soalan oleh media.

Malah, penduduk di Kampung Tanjung Keramat menafikan terdapat ladang babi beroperasi di kawasan tersebut, seperti didakwa oleh Ketua Pemuda PN Perak, Hafez Sabri. 

Berdasarkan pemerhatian The Malaysia Press (TMP), tiada ladang babi haram yang wujud di kampung tersebut, malah industri hiliran itu menggunakan sistem penternakan moden dan berhawa dingin selain ditempatkan sejauh kira-kira tiga kilometer dari penduduk setempat.

Related Posts

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

SEPANG – Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sebanyak 54 kapal di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

KETIKA sebahagian pihak terus memainkan naratif kononnya negara sedang gagal dan ekonomi semakin merudum, angka rasmi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2026 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat