Semangat Rukun Negara bergema di DUN Perlis

KANGAR – Buat julung kali dalam sejarah negeri, lafaz ikrar Rukun Negara bergema megah di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis hari ini, sebagai simbol kesetiaan dan cinta pada tanah air.

Lafaz ikrar keramat itu diketuai Penolong Setiausaha DUN dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK), Mohd Anwar Sahul Hameed sebagai pembuka tirai persidangan rasmi DUN Perlis.

Speaker DUN, Rus’sele Eizan berkata, langkah itu selaras arahan Kerajaan Persekutuan yang mahukan Rukun Negara menjadi sebahagian amalan tetap dalam sistem pentadbiran negara.

“Kami menerima surat rasmi daripada Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang bertarikh 12 September tahun lalu sebagai arahan untuk mengangkat kembali semangat Rukun Negara,” katanya pada persidangan tersebut.

Beliau menegaskan inisiatif itu adalah usaha penting untuk memupuk semula nilai perpaduan, keharmonian dan semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya generasi muda.

“Dewan ini menyambut baik hasrat murni kerajaan dan akan terus melafazkan ikrar Rukun Negara pada setiap pembukaan penggal persidangan bermula tahun ini,” ujarnya.

Sebagai rekod, Rukun Negara yang menjadi asas pembentukan negara ini turut dilafazkan buat kali pertama pada persidangan Dewan Rakyat pada 27 Februari tahun lalu.

Related Posts

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

IPOH – Kerajaan Perpaduan yang diterajui Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Perak akan terus kekal sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, meskipun timbul spekulasi susulan perkembangan politik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam