Ahli politik bukan sekadar selesai masalah rakyat, tapi tentukan hala tuju negara

TAWAU – Peranan ahli politik bukan sahaja menyelesaikan masalah rakyat tetapi turut mengangkat isu-isu besar yang mampu menentukan hala tuju politik negara, kata Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Datuk Rina Jainal.

“Kita kerja dan turun kawasan dan saya ambil tanggungjawab ini sebab saya mewakili suara Kukusan, belia dan wanita.

“Tapi saya juga perlu tampil kepada masyarakat bahawa kita berpolitik bukan sahaja menyelesaikan masalah infrastruktur, tapi lebih pada angkat isu besar untuk hala tuju politik.

“Sebab bila politik kita stabil, orang luar lihat negara kita stabil, yang akan dapat manfaat rakyatnya juga. Inilah kestabilan politik, ekonomi yang kita mahu,” katanya kepada media mengulas persepsi negatif masyarakat berkenaan hala tuju politiknya, di sini, pada Selasa.

Dalam pada itu, Rina yang juga ADUN Kukusan berharap sokongan orang ramai terus melihat aspirasinya hari ini terus bergerak ke hadapan membawa suara Kukusan dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai hala tuju parti.

“Bagi saya, belum selesai di Kukusan dan saya sangat ‘excited’ kerana terlalu banyak perkara boleh dibuat dan telah dirancang untuk Kukusan,” katanya.

Mengenai pencalonannya pada Pilihan Raya ke-17 (PRN17) Sabah akan datang, Rina secara ringkas berkata, perkara itu diserahkan kepada pucuk pimpinan parti selain turut mengesahkan masih ahli Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat).

Related Posts

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

IPOH – Kerajaan Perpaduan yang diterajui Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Perak akan terus kekal sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, meskipun timbul spekulasi susulan perkembangan politik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam