Kes HFMD P.Pinang: Seberang Perai Tengah catat kes tertinggi

GEORGE TOWN – Pulau Pinang merekodkan peningkatan mendadak kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dengan 579 kes baharu pada Minggu Epidemiologi ke-15 iaitu 6 hingga 12 April.

Exco Belia, Sukan dan Kesihatan, Daniel Gooi Zi Sen berkata, jumlah itu menunjukkan lonjakan sebanyak 156.2 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Menurutnya, peningkatan sebanyak 353 kes itu dipercayai berpunca daripada pergerakan dan aktiviti sempena cuti sambutan Aidilfitri yang lalu.

“Dalam tempoh tersebut, sebanyak empat kluster baharu turut dilaporkan di negeri ini. Bagaimanapun, semua kes yang direkodkan hanya menunjukkan gejala ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

“Tiada kes yang mengalami komplikasi serius atau memerlukan rawatan intensif,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, sehingga 12 April, sebanyak 4,585 kes kumulatif HFMD dilaporkan di Pulau Pinang bagi tahun ini, berbanding hanya 879 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

“Daerah Seberang Perai Tengah mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 1,362 kes, diikuti Seberang Perai Selatan (884 kes), Timur Laut (852 kes), Barat Daya (845 kes) dan Seberang Perai Utara (642 kes).

“Satu mesyuarat khas telah dipengerusikan oleh kerajaan negeri pagi ini (Jumaat) bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah), Persatuan Pengusaha Institusi Pendidikan Pulau Pinang dan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) bagi membincangkan situasi semasa penularan HFMD,” jelasnya.

Kata Daniel lagi, pengusaha pusat jagaan dan pendidikan awal kanak-kanak menyuarakan beberapa cabaran dalam pengurusan kes HFMD.

“Sebagai langkah susulan, JKNPP akan menjalankan analisis keberkesanan terhadap operasi sedia ada dalam mengekang penularan penyakit ini. Kerajaan Negeri dalam masa sama menyeru orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah pencegahan.

“Kerjasama erat antara Kerajaan negeri, JKNPP dan semua pengusaha penting bagi membendung penularan HFMD secara berkesan. Lindungi anak-anak kita, lindungi komuniti kita,” tambahnya.

Related Posts

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

SHAH ALAM – ‘Keselamatan dan kesejahteraan pengunjung adalah keutamaan kami’, demikian penegasan Taman Tema Sunway selepas mengesahkan insiden membabitkan sebuah tarikan di Sunway Lagoon pada 22 Ogos lalu yang melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

IPOH – Kegiatan memiliki dan menyimpan daun ketum serta air minuman itu membawa padah apabila lima lelaki tempatan ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kerian dan Hilir Perak, pada Isnin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat