Johor catat nilai eksport pertanian terbesar dalam negara

JOHOR BAHRU – Kedudukan negeri Johor yang berada di sempadan Semenanjung ternyata memberi nilai tambah dalam peningkatan eksport produk pertanian ke beberapa negara serantau.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Datuk Zahari Sarip berkata, buktinya, Johor berjaya mencatatkan nilai eksport terbesar dalam negara bagi produk berkenaan membabitkan jumlah RM23.96 billion.

Katanya, jumlah itu membabitkan lebih 70 peratus sumbangan eksport negara atau 6.8 juta tan dalam tempoh dua tahun iaitu pada 2023 dan 2024.

“Pencapaian ini berdasarkan rekod di lapan pintu masuk Johor, yang mana pintu Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri mencatatkan jumlah tertinggi RM10.3 billion atau 3.49 tan produk hasil pertanian.

“Antara faktor utama kedudukan pintu keluar Johor yang strategik untuk aktiviti eksport agromakanan negara, terutama ke pasaran serantau seperti Singapura, Indonesia dan seterusnya ke China dan Timur Tengah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan pemeriksaan dibuat Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor di KSAB, di sini, malam tadi.

Menurut beliau, pencapaian itu turut disokong kemudahan pelabuhan bertaraf dunia dan status Johor sebagai pengeluar utama hasil pertanian terutamanya buah-buahan, sayur-sayuran dan produk ternakan.

“Potensi berkenaan akan dimanfaatkan sepenuhnya kerajaan negeri bagi memperkasa sektor ini menerusi pelbagai inisiatif berkaitan peningkatan produktiviti dan perluasan eksport hasil pertanian Johor.

“Kelebihan dan potensi ini akan dimanfaat sepenuhnya Kerajaan Negeri bagi memperkasa sektor pertanian menerusi pelbagai inisiatif berkaitan peningkatan produktiviti dan perluasan eksport hasil pertanian negeri,” katanya.

Related Posts

UMNO masih rasa ‘abang besar’, walau politik sudah berubah

Oleh: Fathi Aris Omar ULASAN | Satu lagi bukti UMNO ego dan tidak sedar diri, ulangi naratif perasan Abang Besar. Sukar tunduk pada parti lain walau sudah terpaksa melutut. UMNO…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

NIAH – Program JIWA@Komuniti sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 terus menjadi platform strategik bagi memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat, khususnya buat penduduk di sekitar kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO masih rasa ‘abang besar’, walau politik sudah berubah

UMNO masih rasa ‘abang besar’, walau politik sudah berubah

Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut

  • By Aden
  • September 12, 2026
Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut

‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar

‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi