Anwar mula lawatan kerja 2 hari di Bangkok

DATUK Seri Anwar Ibrahim tiba di Bangkok, Thailand, bagi memulakan lawatan kerja selama dua hari atas jemputan rakan sejawatannya, Paetongtarn Shinawatra.

Pesawat khas membawa Perdana Menteri dan delegasi selamat mendarat di Terminal 2 Tentera Udara Diraja Thailand kira-kira jam 1.20 tengah hari waktu tempatan.

Ketibaan beliau disambut Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pengangkutan Thailand, Suriya Juangroongruangkit.

Anwar diiringi Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz; Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin serta Utusan Khas Pengerusi ASEAN mengenai Myanmar, Othman Hashim.

Sejurus tiba, Perdana Menteri bergerak ke Government House bagi menghadiri mesyuarat dua hala bersama Paetongtarn.

Ini adalah lawatan keempat Anwar ke Thailand sejak dilantik Perdana Menteri pada November 2022 dengan lawatan rasmi pertama ke Bangkok pada Februari 2023, diikuti lawatan kerja ke Sadao dan Bukit Kayu Hitam pada November tahun sama serta lawatan kerja ke Su-Ngai Kolok-Rantau Panjang pada Ogos tahun lalu.

Semalam, Kuasa Usaha Sementara Malaysia ke Thailand Bong Yik Jui, dilaporkan berkata pertemuan Anwar dan Paetongtarn dijangka membincangkan usaha bagi mencari penyelesaian banjir di kawasan selatan Thailand dan Kelantan.

Isu lain yang bakal disentuh seperti keterhubungan sempadan, Kepengerusian ASEAN serta isu serantau dan global.

Kedua-dua pemimpin itu juga dijangka menyusul hasil Rundingan Tahunan Malaysia-Thailand Ke-7 (7th Annual Consultation – AC) yang diadakan di Putrajaya pada 16 Disember tahun lalu.

Related Posts

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

KUANTAN – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan menggerakkan 17 siri Program MADANI Kita (PMK) di seluruh negara bagi merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi. Menyifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jualan Rahmah MADANI rekod transaksi lebih RM350 juta

KUANTAN – Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara dilaksanakan sebanyak 22,834 kali sehingga hujung Ogos lalu, dengan nilai jualan melebihi RM350 juta. Ia sekali gus memberi manfaat kepada rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik