RM155 juta anggaran kutipan zakat di Sabah tahun ini

KOTA KINABALU – Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menerusi Bahagian Zakat dan Fitrah (BZF) menganggarkan pungutan Zakat Harta dan Zakat Fitrah berjumlah RM155 juta bagi tahun ini.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ruslan Muharam berkata, daripada jumlah itu, kutipan Zakat Fitrah dianggarkan sebanyak RM12.6 juta dengan sasaran jumlah pembayar seramai 1.68 juta orang.

“Bagaimanapun jumlah sebenar hasil kutipan zakat fitrah masih belum dimuktamadkan kerana masih dalam proses pengiraan dan pengauditan.

“Bagi pengagihan zakat pada bulan Ramadan tahun ini, BZF (MUIS) telah memperuntukkan dana sebanyak RM20.1 juta untuk diagihkan kepada asnaf yang berhak,” katanya ketika menjawab pertanyaan Datuk Amisah Yassin (ADUN dilantik) pada persidangan DUN Sabah, di sini, pada Selasa. 

Ruslan berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak RM18.46 juta telah diagihkan kepada asnaf fakir, miskin dan mualaf di bawah Skim Bulanan dan Hari Raya.

Jelasnya, lebih RM8 juta telah disalurkan kepada seramai 12,841 penerima dari golongan fakir dan lebih RM9 peruntukan dana disalurkan kepada 30,766 penerima dari golongan miskin.

Katanya lagi, BZF MUIS turut menyalurkan peruntukan dana menerusi skim itu sebanyak lebih RM1.2 juta kepada seramai 4,055 golongan mualaf.

Tambahnya, RM1.6 juta pula akan diagihkan kepada wakil-wakil amil yang dilantik oleh MUIS sengan seramai 2,050 orang wakil amil fitrah pada tahun ini.

Related Posts

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

MIRI – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tular di media sosial yang mendakwa Sarawak telah memohon 1,000 pekerja dari Bangladesh untuk bekerja dengan PETROS.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

KABONG – Beberapa Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) berjaya disiapkan dan diserahkan kepada penduduk dalam satu program yang berlangsung pada Jumaat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd Chee Kadir…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ekonomi domestik perlu diperkasa hadapi ketidaktentuan global

Ekonomi domestik perlu diperkasa hadapi ketidaktentuan global

Diplomasi berterusan Malaysia pastikan laluan tenaga negara terjamin

Diplomasi berterusan Malaysia pastikan laluan tenaga negara terjamin

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil