Sultan Nazrin dukacita kehilangan Pak Lah, bendera Perak kibar separuh tiang

SULTAN Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak menzahirkan rasa dukacita terhadap pemergian Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang meninggal dunia malam tadi (14 April).

Menerusi Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini, Sultan Nazrin bersama seluruh rakyat bersedih atas kehilangan negarawan itu.

“Beta bersama Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Dewan ini dan seluruh rakyat Beta di negeri Perak menzahirkan rasa dukacita atas kembalinya ke rahmatullah, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan menzahirkan ucapan takziah kepada Tun Jean Abdullah dan keluarga
Allahyarham.

“Semoga roh Allahyarham dilimpahi rahmat ihsan Ilahi, ditempatkan dalam kalangan roh para solihin,” titah baginda.

Baginda turut menitahkan supaya bendera negeri Perak dikibarkan separuh tiang hari ini sebagai tanda berkabung dan menghormati pemergian Allahyarham.

Tun Abdullah, 85, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada 7.10 malam tadi.

Dilahirkan pada 26 Nov 1939 di Bayan Lepas, Pulau Pinang, Abdullah menjadi Perdana Menteri dari 31 Okt 2003 hingga 3 April 2009, berikutan peletakan jawatan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Related Posts

Pemansuhan AUKU perlu lahirkan kerangka perundangan lebih progresif – Adam Adli

KUALA LUMPUR – Kerangka perundangan baharu yang bakal menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 perlu memberi ruang lebih luas kepada universiti untuk membangunkan budaya akademik yang bebas, progresif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Unit K9 benteng negara kesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo KLIA
  • AdenAden
  • August 18, 2026

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa kini menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan Hidupan Liar (K9) bagi mengesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabang Sepang (KLIA) dekat sini. Penggunaan khidmat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar