Idris berdolak-dalik jawab kontroversi calon PN manipulasi tauliah mengajar agama

TAPAH – Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad mempertahankan calon Perikatan Nasional (PN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning, Abdul Muhaimin Malek berhubung isu memanipulasi tauliah mengajar agama di Perak.

Malah, beliau bersikap berdolak-dalik selepas wartawan menekankan bahawa berdasarkan Peraturan-peraturan Pengawasan Pengajaran dan Syarahan Agama 2013, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak melarang individu berjawatan politik mengajar atau bersyarah di masjid dan surau di Perak, walaupun mempunyai tauliah.

Dalam perkembangan lain, Idris memaklumkan, Abdul Muhaimin memiliki tauliah untuk mengajar pengajian Islam sejak 2014 namun enggan mengulas sama ada  Yang Dipertua Pas Tapah itu sudah melepaskan pentaulihan tersebut memandangkan Perak tidak membenarkan ahli politik mengajar atau bersyarah di masjid dan surau, walaupun mempunyai tauliah.

“Okey, kita sekarang ini bincang tentang tauliah Ustaz Muhaimin, isu dia tentang dia tak tipu tauliah, itu sahaja. Tidak usah cakap bab lain (isu larangan ahli politik mengajar di masjid dan surau)…saya nak cakap yang Ustaz Muhaimin ada tauliah sahaja.

“Tuan-tuan (media) tahu, nak dapat tauliah ini bukan senang tau. Saya sendiri pun ada tauliah, bukan senang nak berhadapan dengan beberapa panel dan pakar-pakar daripada timbalan muftinya, jawatankuasa panel  tentang bagaimana yang nak soal jawab berbagai-bagai sudut yang dia akan tanya kepada,” katanya pada sidang media harian PN, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Idris berkata, Idris dilihat cuba mengelirukan fakta selepas hanya menyatakan bahawa calon PN yang masih memiliki tauliah mengajar tidak melanggar sebarang peruntukan undang-undang oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Ini bukan syarat ( daripada (Majlis Agama Perak), ia daripada SPR, tiada syarat pemegang tauliah perlu melepaskan (jika bertanding), tiada dalam Akta Pilihanraya.

“Sudah lama Ustaz Muhaimin ada tauliah, bukannya isu yang dia tiba-tiba mengaku dia memiliki tauliah namun sebenarnya tiada. Itu baru kita kata kita menipu,” katanya.

Berdasarkan Peraturan-peraturan Pengawasan Pengajaran dan Syarahan Agama 2013, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak melarang individu berjawatan politik mengajar atau bersyarah di masjid dan surau di Perak, walaupun mempunyai tauliah.

Individu dilarang berbuat demikian ialah ahli yang memegang jawatan dalam parti politik; anggota Dewan Rakyat dan Dewan Negara; Ahli Dewan Undangan Negeri; bekas ahli politik yang aktif dalam kegiatan politik serta calon pernah bertanding dalam pilihan raya.

Pelaku berdepan hukuman denda maksimum RM5,000, penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 108 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004.

Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah (Perak) 1992 pula memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun, denda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan bersalah kerana mengajar pengajian Islam tanpa tauliah.

Related Posts

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) sangat terbuka untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian
  • AdenAden
  • October 5, 2026

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengambil tindakan secara teratur, bertanggungjawab dan berlandaskan undang-Undang berhubung isu pengurusan pelarian, kata Memteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil. Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

  • By Ezmie
  • October 5, 2026
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan