Dakwaan kegagalan Projek Empangan Ulu Padas tidak tepat – Hajiji

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyelar dakwaan Kerjaya Kagum Hitech JV Sdn Bhd gagal melaksanakan Projek Empangan Ulu Padas sejak 2015.

Beliau berkata, projek empangan itu melalui proses yang sangat panjang dan dijangka siap pada 2030.

“Projek Empangan Ulu Padas melalui proses yang panjang termasuklah perubahan pemegang saham, kajian teknikal yang ketat, penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta penularan pandemik Covid-19.

“Projek ini bakal menjadi penyumbang utama kepada kestabilan bekalan air di Sabah untuk tempoh sehingga 100 tahun menerusi Skim Bekalan Air Ulu Padas (SBAUP).

“Setelah projek ini beroperasi sepenuhnya, masalah bekalan air di Sabah dapat diatasi SBAUP yang berpotensi untuk membekalkan air sebanyak 6,000 juta liter harian dan mampu menampung keperluan air sehingga 100 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Bung Moktar Radin mengenai justifikasi kerajaan membenarkan Kerjaya Kagum Hitech JV Sdn. Bhd. kekal terlibat dalam projek empangan walaupun didakwa gagal melaksanakannya sejak 2015.

Tegas Hajiji, Kerajaan Negeri komited dalam memastikan Projek Empangan Ulu Padas berjaya dilaksanakan demi memenuhi keperluan tenaga mampan dan kesejahteraan rakyat Sabah.

Katanya, menerusi projek itu juga, kerajaan Sabah melalui Sabah Energy Corporation turut memperolehi kutipan dividen melebihi RM3 Bilion sepanjang 40 tahun.

Related Posts

Lebih banyak projek rumah mampu milik dirancang kerajaan Pahang

ROMPIN – Kerajaan Pahang akan terus mempergiat usaha membina lebih banyak rumah mampu milik bagi memenuhi keperluan rakyat yang semakin meningkat, kata Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Johor: Rakyat bukan alat percaturan politik

BATU PAHAT – Semua parti dalam Kerajaan MADANI disaran mengamalkan pendekatan matang dan rasional dengan mengutamakan kepentingan rakyat berbanding percaturan politik, khususnya dalam menentukan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemungkinan tiada PRN Negeri Sembilan namun terpulang kepada Tuanku Muhriz

Kemungkinan tiada PRN Negeri Sembilan namun terpulang kepada Tuanku Muhriz

Langkah drastik BN Negeri Sembilan makan diri, rakyat tolak politik tidak stabil

Langkah drastik BN Negeri Sembilan makan diri, rakyat tolak politik tidak stabil

Lebih banyak projek rumah mampu milik dirancang kerajaan Pahang

Lebih banyak projek rumah mampu milik dirancang kerajaan Pahang

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Kandungan hina Sultan Selangor: MCMC ambil keterangan individu

Kandungan hina Sultan Selangor: MCMC ambil keterangan individu