Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Oleh: Nazrul Hakimi, Fatin, Eveline B, Siti, Nana Mohamad, Ekin Rosli & Yaya Amir

KERAJAAN MADANI memainkan peranan penting dalam melindungi rakyat susulan krisis bekalan global yang menjejaskan ekonomi akibat konflik di Asia Barat.

Felo Majlis Profesor Negara, Prof Dr Azmi Hassan berkata, pelbagai langkah jangka pendek telah dilaksanakan bagi mengurangkan beban kos sara hidup, termasuk inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) serta penyaluran dana di bawah Geran Digital Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) MADANI yang diselesaikan menjelang April.

“Semua inisiatif ini bertujuan meredakan tekanan jangka pendek, khususnya apabila kos sara hidup meningkat akibat krisis di Asia Barat,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press (TMP).

Beliau berkata, selain langkah segera, kerajaan juga perlu memberi penekanan terhadap strategi jangka panjang bagi memastikan kestabilan bekalan negara sentiasa terjamin.

“Yang lebih penting ialah memastikan wujud strategi jangka panjang supaya bekalan sentiasa mencukupi dan tidak terjejas dalam apa jua keadaan,” katanya.

Sementara itu, dalam tinjauan TMP, peniaga kecil, Noraini, 45, menzahirkan rasa syukur terhadap bantuan kerajaan yang disifatkan membantu memulihkan operasi perniagaan kedai makannya yang sebelum ini terjejas akibat tekanan ekonomi global.

Dia berkata, ketidakstabilan ekonomi serta peningkatan kos bahan mentah memberi cabaran besar kepada peniaga kecil, namun bantuan yang disalurkan membuka peluang untuk terus bertahan dan merancang perkembangan perniagaan.

“Bantuan ini sangat membantu saya untuk memperbesarkan lagi perusahaan kedai makan. Dalam keadaan mencabar sekarang, memang sukar untuk peniaga kecil kekal tanpa sokongan,” katanya.

Noraini berkata, tanpa bantuan tersebut, peniaga kecil sepertinya berisiko mengambil jalan mudah dengan membuat pinjaman daripada peminjam wang tidak berlesen yang boleh membebankan kewangan dalam jangka panjang.

Dia turut memaklumkan hasrat untuk menambah baik operasi kedai, termasuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan memperluaskan pilihan menu bagi menarik lebih ramai pelanggan.

“Saya amat berterima kasih kepada kerajaan kerana sentiasa mengambil berat nasib peniaga kecil seperti kami. Ini memberi semangat untuk terus berusaha,” ujarnya.

Pada masa sama, pekerja swasta, Muhammad Fawwaz Ibrahim, 22, menyifatkan langkah kerajaan mengekalkan harga BUDI95 pada RM1.99 seliter sebagai tepat dalam mendepani cabaran krisis tenaga global.

“Ini langkah bijak bagi memastikan subsidi tidak disalahgunakan. Hanya golongan benar-benar layak, khususnya warganegara, menerima manfaat harga minyak bersubsidi,” katanya.

Dia juga berharap supaya pelaksanaan BUDI95 dapat diteruskan secara konsisten bagi memastikan kestabilan harga dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu.

Related Posts

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

ROMPIN – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, menzahirkan keyakinan penuh rakyat negeri ini terus memberikan mandat kepada BN untuk menerajui kerajaan negeri. Keyakinan itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kandungan hina Sultan Selangor: MCMC ambil keterangan individu

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil keterangan seorang lelaki bagi membantu siasatan berkaitan penyebaran kandungan jelik melampau berunsur agama, raja dan kaum (3R) yang menyasarkan Sultan Sharafuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Kandungan hina Sultan Selangor: MCMC ambil keterangan individu

Kandungan hina Sultan Selangor: MCMC ambil keterangan individu

Malaysia teguh prinsip kedaulatan, perluas kerjasama teknologi global

Malaysia teguh prinsip kedaulatan, perluas kerjasama teknologi global

14 ADUN tarik sokongan: Beri ruang, PH akan umum kemudian

14 ADUN tarik sokongan: Beri ruang, PH akan umum kemudian

Krisis global & kepimpinan Malaysia

Krisis global & kepimpinan Malaysia