‘Lantaklah calon PN nak menipu, kami tetap undi BN’

“LANTAKLAH dia nak menipu, yang pasti kami rakyat di Ayer Kuning masih rindu pada arwah,” kata Omar Shah Ismail.

Pesara guru berusia 58 tahun itu menyifatkan apa sahaja tipu helah yang digunakan calon pembangkang untuk meraih undi rakyat di pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning ini belum dapat mengatasi aura yang ditinggalkan bekas wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) ini, Allahyarham Ishsam Shahruddin.

“Dia tipu atau tidak itu urusan dia, biarlah pihak berkuasa siasat dan tentukan. Dia yang berdosa.

“Bagi saya dan penduduk Ayer Kuning ini tidak peduli pun, lantaklah dia nak menipu sebab kami masih terasa kehilangan Ishsam yang menyantuni setiap genap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum,” katanya yang ditemui di pekan Ayer Kuning, hari ini.

Perikatan Nasional (PN) menamakan Yang DiPertua Pas Tapah Ustaz Abdul Muhaimin Malek bertanding pada PRK Ayer Kuning.

Namun, timbul tanda tanya ketika ini mengenai status pentauliahan mengajar agama Abdul Muhaimin di Perak yang syaratnya tidak akan mengeluarkan pentauliahan itu sekiranya individu yang memohon terlibat dalam aktiviti politik kepartian.

Persoalannya yang masih belum terjawab sehingga kini oleh Muhaimin, bagaimana beliau memperolehi pentauliahan itu, adakah melalui jalan yang betul atau sebaliknya.

Mengulas lanjut, Omar Shah berkata, ketokohan calon Barisan Nasional (BN) Dr Yusri Bakir disamping aura yang ditinggalkan Ishsam akan menjadi faktor kemenangan calon Kerajaan Madani itu pada PRK Ayer Kuning, 26 April nanti.

“Saya harap legasi kerja kerja, kebaikan arwah di Ayer Kuning dapat diteruskan oleh Dr Yusri, sebab itu pentingnya Ayer Kuning mendapat wakil rakyat yang selari dengan kerajaan negeri dan pusat,” katanya.

Abdul Halim Kadir, 62, menyifatkan tiada impak besar dapat mempengaruhi undi rakyat kepada BN meskipun calon PN itu didapati bersalah menipu pentauliahan berkenaan.

“Kalau dia tipu memang patutlah dikecam, tapi bagi saya itu perkara kecil sahaja, rakyat di Ayer Kuning ini dijangka setia dengan Allahyarham Ishsam, sebab itu mereka akan undi Dr Yusri sebagai mengenangkan kebaikan arwah.

“Lagipun UMNO dan BN selama ini tidak pernah mengabaikan rakyat di Ayer Kuning, datanglah tsunami politik sekali pun, Ayer Kuning tetap kekal memilih BN,” katanya.

Related Posts

320 kes pelanggaran undang-undang direkodkan menerusi Ops Tiris 4.0

KOTA KINABALU – Sebanyak 320 kes pelanggaran undang-undang direkodkan menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) di seluruh negara sepanjang tempoh operasi bermula 16 Mac hingga 19 April 2026. Timbalan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Enam pondok sertai rintis digitalisasi pendidikan Islam – PM

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama enam wakil institusi pondok terpilih bagi program Transformasi Digital Institusi Pendidikan Islam (IPI) di pejabatnya di Putrajaya, sebagai usaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

320 kes pelanggaran undang-undang direkodkan menerusi Ops Tiris 4.0

  • By Ynom
  • April 20, 2026
320 kes pelanggaran undang-undang direkodkan menerusi Ops Tiris 4.0

Enam pondok sertai rintis digitalisasi pendidikan Islam – PM

Enam pondok sertai rintis digitalisasi pendidikan Islam – PM

Kapal bahan api lepasi Selat Hormuz dijangka tiba hujung minggu ini – Fahmi

Kapal bahan api lepasi Selat Hormuz dijangka tiba hujung minggu ini – Fahmi

Undang-undang tetap terpakai di ruang maya – Azalina

Undang-undang tetap terpakai di ruang maya – Azalina

Pelantikan 14 hakim: Azalina minta tunggu istiadat di Istana Negara

Pelantikan 14 hakim: Azalina minta tunggu istiadat di Istana Negara

Fitnah larangan takbir: MP Jasin, Harakah diarah bayar RM15,000 kepada menteri

Fitnah larangan takbir: MP Jasin, Harakah diarah bayar RM15,000 kepada menteri