China beri amaran dasar perlindungan perdagangan tidak bawa hasil

BEIJING – Presiden China, Xi Jinping, hari ini memberi amaran dasar perlindungan perdagangan ‘tidak bermanfaat’ selain berpendapat ‘tiada pemenang’ dalam perang perdagangan, lapor media rasmi.

Beliau dijadualkan memulakan lawatan ke Asia Tenggara dengan berkunjung ke Vietnam sebelum ke Malaysia dan Kemboja.

Ini lawatan pertama Jinping ke luar negara tahun ini, ketika Beijing berusaha memperkukuhkan hubungan dagangan serantau dan mengurangkan kesan besar tarif yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Jinping dijangka bertemu tiga rakan sejawatnya di Asia Tenggara dalam lawatan yang disifatkan Beijing mempunyai ‘kepentingan besar’ untuk kestabilan dan kerjasama serantau.

Agensi Berita Xinhua yang memetik artikel diterbitkan akhbar utama Vietnam, Nhan Dan melaporkan Jinping menggesa China dan Vietnam ‘teguh mempertahankan sistem perdagangan pelbagai hala, kestabilan rantaian industri dan bekalan global serta persekitaran antarabangsa yang terbuka dan bersifat kerjasama’.

Menurut agensi itu lagi, Jinping turut mengulangi pendirian Beijing bahawa ‘perang perdagangan dan perang tarif tidak akan menobatkan pemenang, manakala dasar perlindungan tidak membawa ke mana-mana’.

Beijing kini cuba menampilkan peranannya sebagai pilihan yang stabil berbanding Presiden AS, Donald Trump, yang bulan ini mengumumkan kadar tarif baharu, namun kemudian menarik balik sebahagian tarif besar-besaran, menyebabkan pasaran global tidak stabil dan huru-hara.

Vietnam adalah pembeli barangan China terbesar di Asia Tenggara, dengan nilai import berjumlah AS$161.9 bilion (RM717.50 bilion), diikuti Malaysia dengan AS$101.5 bilion (RM449.82 bilion) pada tahun lalu.

Jinping dijadualkan berada di Vietnam selama dua hari hingga esok (Selasa) dalam siri lawatan pertamanya ke negara itu sejak Disember 2023.

Related Posts

Lapangan terbang utama Jakarta ditutup susulan letusan Gunung Anak Krakatau

JAKARTA – Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, dekat sini ditutup sementara hari ini selepas abu gunung berapi daripada letusan Gunung Anak Krakatau dikesan di kawasan lapangan terbang itu menyebabkan 209 penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran perlu kembali ke meja rundingan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa Amerika Syarikat (AS) dan Iran menghentikan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan serta segera kembali ke meja rundingan. Beliau berkata, peningkatan ketegangan antara kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pameran Hari Malaysia 2026 platform penting tangkis manipulasi fakta sejarah

Pameran Hari Malaysia 2026 platform penting tangkis manipulasi fakta sejarah

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu