Koperal tertembak diri sendiri ada masalah peribadi, kewangan

SEBERANG PERAI – Anggota polis berpangkat Koperal yang mati selepas dipercayai tertembak diri sendiri di Pos Pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini 8 April lalu didapati mempunyai masalah peribadi dan kewangan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, mendiang sudah selamat disemadikan namun siasatan akan diteruskan untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, setakat ini polis telah merakam keterangan sembilan individu bagi melengkapkan siasatan berkaitan kes kematian anggota terbabit.

“Keterangan yang direkodkan merangkumi beberapa anggota yang berada di lokasi kejadian termasuklah bekas isteri dan rakan karib mendiang.

“Berdasarkan siasatan, mendiang ada masalah peribadi dan sedikit sebanyak ada kaitan dengan masalah kewangan juga.

“Justeru, laporan pakar perubatan akan dilengkapkan dalam masa terdekat sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk arahan lanjut,” katanya.

Related Posts

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

BETONG – Program Sarawakku Sayang Bahagian Betong yang berlangsung selama tiga hari di Kompleks Sukan Betong berjaya menarik seramai 97,225 pengunjung. Program berkenaan turut menghimpunkan 48 agensi yang menawarkan sebanyak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

PUTRAJAYA – UMNO berdepan persoalan sama ada kepentingan politik mengatasi tanggungjawabnya terhadap institusi diraja dan adat Negeri Sembilan sekiranya gagal memainkan peranan menyelesaikan kemelut yang dilihat semakin meruncing dalam negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah