Sambutan Hari Raya DBKK erat silaturahim warga, agensi kerajaan

KOTA KINABALU – Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang berlangsung hari ini bukan sekadar majlis jamuan, malah menjadi platform memperkukuh silaturahim dalam kalangan warga kerja DBKK. 

Menurut Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Sri Dr. Sabin Samitah sambutan ini juga bertujuan mengeratkan hubungan DBKK dengan agensi kerajaan negeri dan persekutuan selain merapatkan ikatan kekeluargaan antara warga kerja DBKK. 

“Ini satu platform untuk kita mengeratkan hubungan antara warga DBKK sebab warga DBKK ini mereka tidak duduk di satu bangunan, ada yang di Centre Point, ada yang di ibu pejabat, ada yang di depoh kami, ada yang dekat nurseri kami dan juga ada juga di tempat-tempat yang lain terutama sekali di taman-taman awam. 

“Jadi ini adalah salah satu aktiviti di mana mereka dapat berjumpa dengan kawan-kawan mereka yang berada di tempat lain. 

“Dan juga mengenali pegawai-pegawai kanan DBKK yang datangnya daripada jabatan-jabatan yang berasingan,” katanya kepada media selepas Sambutan Hari Raya DBKK di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Sabtu.

Majlis diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman bersama isteri, Toh Puan Faridah Tussin.

Dalam majlis itu, Tun Musa berkenan menyampaikan sumbangan DBKK sebanyak RM10,000 kepada Rumah Anak Yatim Al-Aman dan sumbangan duit raya kepada 10 orang anak yatim dari Al-Aman yang mana setiap sorang menerima RM100. 

Turut menerima sumbangan 20 individu asnaf masing-masing menerima RM200 seorang.

Related Posts

Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal

MUKAH – Polis menahan dua lelaki warga asing yang disyaki mencuri sebuah motosikal menerusi satu serbuan di rumah pekerja ladang kelapa sawit Ulu Penipah pada malam Ahad. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua pembantu taska direman enam hari bantu siasatan kes ‘dera’ kanak-kanak

KUANTAN – Dua wanita yang bekerja di dua taska berasingan di Mentakab dan Kuantan direman selama enam hari, bermula hari ini hingga 12 September depan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal

Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal

Dua pembantu taska direman enam hari bantu siasatan kes ‘dera’ kanak-kanak

Dua pembantu taska direman enam hari bantu siasatan kes ‘dera’ kanak-kanak

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

Kerjasama politik perlu lebih fleksibel selepas PRU

Kerjasama politik perlu lebih fleksibel selepas PRU

Kenapa Pas tidak tinggalkan kedutaan jika benar AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan?

Kenapa Pas tidak tinggalkan kedutaan jika benar AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan?