Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal

MUKAH – Polis menahan dua lelaki warga asing yang disyaki mencuri sebuah motosikal menerusi satu serbuan di rumah pekerja ladang kelapa sawit Ulu Penipah pada malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintenden Muhamad Rizal Alias berkata, tangkapan terhadap suspek berusia 27 dan 40 tahun pada jam 11 malam itu dilakukan hasil maklumat awam serta risikan Bahagian Siasatan Jenayah.

“Polis turut merampas sebuah motosikal berwarna hitam yang pada asalnya dilaporkan hilang di Miri.

“Siasatan awal mendapati motosikal yang dirampas berkaitan dengan laporan kehilangan dibuat di Miri dan dipercayai dicuri sebelum dibawa ke Mukah,” katanya.

Berdasarkan hasil ujian saringan air kencing, menurutnya, kedua-dua suspek dikesan positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine serta didapati tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. 

“Suspek kini dikenakan perintah reman selama tiga hari sehingga 10 September bagi membolehkan siasatan kemungkinan penglibatan suspek dalam kes jenayah lain di daerah berhampiran dijalankan,” ujarnya.

Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 379A dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Related Posts

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

KOTA KINABALU – Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada Jumaat ini, 11 September. Menteri di Jabatan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua pembantu taska direman enam hari bantu siasatan kes ‘dera’ kanak-kanak

KUANTAN – Dua wanita yang bekerja di dua taska berasingan di Mentakab dan Kuantan direman selama enam hari, bermula hari ini hingga 12 September depan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

  • By Ithma
  • September 7, 2026
MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

Legenda Harimau Malaya Abdah Alif kahwini gadis 20 tahun

Legenda Harimau Malaya Abdah Alif kahwini gadis 20 tahun

Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal

Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal

Dua pembantu taska direman enam hari bantu siasatan kes ‘dera’ kanak-kanak

Dua pembantu taska direman enam hari bantu siasatan kes ‘dera’ kanak-kanak

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah