Dua pembantu taska direman enam hari bantu siasatan kes ‘dera’ kanak-kanak

KUANTAN – Dua wanita yang bekerja di dua taska berasingan di Mentakab dan Kuantan direman selama enam hari, bermula hari ini hingga 12 September depan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengasari kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, kedua-dua suspek masing-masing direman di Mahkamah Majistret Temerloh dan Mahkamah Majistret Kuantan selepas ditahan susulan laporan polis serta penularan rakaman video kejadian di media sosial.

“Bagi kes di Mentakab, seorang pembantu taska berusia 25 tahun ditahan bagi membantu siasatan dakwaan kekasaran terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun.

“Di Kuantan pula, seorang wanita berusia 31 tahun ditahan bagi membantu siasatan dakwaan mengasari seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun lapan bulan,” katanya, lapor Sinar Harian.

Semalam Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah dilaporkan berkata, seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengasari kanak-kanak lelaki berusia dua tahun lapan bulan di sebuah taska di Bukit Setongkol, Kuantan.

Kejadian dipercayai berlaku pada 11 Ogos lalu, manakala rakaman yang tular menunjukkan mangsa dimarahi, ditarik rambut serta digoncang kepalanya.

Mangsa turut dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk pemeriksaan lanjut.

Pada Sabtu pula, Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, pihaknya membuka kertas siasatan berhubung dakwaan seorang pengasuh melakukan kekasaran terhadap kanak-kanak perempuan berusia dua tahun di sebuah taska di Mentakab.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 selepas ibu mangsa membuat laporan dan polis mengesan rakaman kejadian yang tular di media sosial.

Related Posts

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

KOTA KINABALU – Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada Jumaat ini, 11 September. Menteri di Jabatan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal

MUKAH – Polis menahan dua lelaki warga asing yang disyaki mencuri sebuah motosikal menerusi satu serbuan di rumah pekerja ladang kelapa sawit Ulu Penipah pada malam Ahad. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

  • By Ithma
  • September 7, 2026
MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

Legenda Harimau Malaya Abdah Alif kahwini gadis 20 tahun

Legenda Harimau Malaya Abdah Alif kahwini gadis 20 tahun

Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal

Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal

Dua pembantu taska direman enam hari bantu siasatan kes ‘dera’ kanak-kanak

Dua pembantu taska direman enam hari bantu siasatan kes ‘dera’ kanak-kanak

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah