Sambutan Hari Raya Ketua Menteri disambut meriah, jadi medan perpaduan rakyat

TUARAN – Suasana penuh kemeriahan dan semangat perpaduan jelas terpancar dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang berlangsung di Dewan Seri Sulaman, di sini pada Sabtu.

Majlis yang dihoskan Ketua Menteri Sabah itu, menghimpunkan lebih 10,000 pengunjung daripada pelbagai kaum dan latar belakang yang hadir bukan sahaja untuk menikmati juadah tradisi hari raya, malah turut mengambil peluang untuk bersua muka dengan kepimpinan negeri.

Persembahan artis terkenal seperti Marsha, Misha Omar dan artis tempatan yang menambah kemeriahan suasana hari raya.

Dari alunan lagu raya sehinggalah ke sajian seperti nasi impit, pecal, nasi campur, tapai nasi dan pelbagai jenis kuih muih turut disediakan untuk santapan orang ramai.

Orang ramai yang mengunjungi majlis ini menyifatkan ia sebagai simbol keharmonian rakyat Sabah yang sentiasa menjunjung nilai perpaduan.

Melinda Dee Yong, 45, salah seorang pengunjung yang hadir berkata beliau amat gembira kerana dapat menyertai sambutan rumah terbuka tersebut bersama masyarakat pelbagai kaum.

“Kami sangat bergembira sebab dapat hadir di rumah terbuka ini dan dapat berkumpul bersama-sama orang ramai serta berkenalan dengan orang yang kita tidak kenal.

“Inisiatif ini memang bagus, dan kalau boleh, biarlah ia jadi acara tahunan untuk eratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat,” katanya ketika ditemui wartawan TMP pada Sabtu. 

Bagi Rusman Ekeh, 60, sambutan Hari Raya bersama Ketua Menteri merupakan platform terbaik dalam mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat.

“Perasaan sempena sambutan ini amat membanggakan dan teruja sekali bila bersama rakan-rakan. 

“Kita sudah banyak kali menghadiri event yang dianjurkan YAB Ketua Menteri.

“Ini salah satu cara terbaik untuk mengukuhkan silaturahim dan harapan saya agar kepimpinan negeri terus stabil dan membawa kemakmuran kepada rakyat Sabah,” katanya.

Seorang lagi pengunjung tetap acara tahunan ini, Al-Henry Longfield, 27, menyifatkan majlis rumah terbuka itu sebagai peluang terbaik mengeratkan hubungan masyarakat.

“Memang meriah dan dapat mengeratkan silaturahim terutama bagi penduduk Tuaran. Setiap tahun saya pasti hadir. 

“Harapan saya kepada pemimpin dan rakyat teruskanlah inisiatif seperti ini dan semoga maju jaya,” katanya.

Majlis dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman bersama isteri Toh Puan Faridah Tussin, isteri Ketua Menteri, Datin Seri  Juliah Salag serta Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya dan isteri, Datin Seri Norani Salleh. 

Hadir sama Setiausaha Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, wakil rakyat dan para pemimpin masyarakat.

Oplus_131072

Related Posts

Representasi gugur pertuduhan bendera terbalik Akmal Saleh ditolak

BUKIT MERTAJAM –  Representasi Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh untuk menggugurkan pertuduhan mengeluarkan kenyataan di Facebook yang didakwa menimbulkan kegentaran serta keselamatan awam ditolak. Peguamnya, Aizat Azam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Karnival Kerjaya Pahang1st pemangkin sasaran 60,000 pekerjaan baharu

PEKAN – Penganjuran Karnival Kerjaya Pahang1st dilihat sebagai pemangkin penting dalam usaha kerajaan negeri mencapai sasaran mewujudkan 60,000 peluang pekerjaan baharu serta melonjakkan nilai ekonomi negeri mencecah RM100 bilion menjelang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Representasi gugur pertuduhan bendera terbalik Akmal Saleh ditolak

Representasi gugur pertuduhan bendera terbalik Akmal Saleh ditolak

Mukhlis Mubin lambang pembaharuan politik PH, bawa suara anak muda – Penganalisis

Mukhlis Mubin lambang pembaharuan politik PH, bawa suara anak muda – Penganalisis

Hina perwatakan Mukhlis Mubin, UMNO jangan mimpi pikat Gen Z

Hina perwatakan Mukhlis Mubin, UMNO jangan mimpi pikat Gen Z

Karnival Kerjaya Pahang1st pemangkin sasaran 60,000 pekerjaan baharu

Karnival Kerjaya Pahang1st pemangkin sasaran 60,000 pekerjaan baharu

Mini Karnival MADANI santuni komuniti Kampung Anak Air

Mini Karnival MADANI santuni komuniti Kampung Anak Air

Carrick tunggu masa dipecat, United kalah 0-3 lawan Bournemouth

Carrick tunggu masa dipecat, United kalah 0-3 lawan Bournemouth