Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

KUALA LUMPUR – Dakwaan campur tangan Amerika Syarikat (AS) memberi bantuan kepada Pas untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia pada 2014 bukan isu yang boleh didiamkan hampir sedekad sebelum didedahkan susulan menyentuh kedaulatan negara dan ancaman serta usaha menggugat kerajaan yang sah ketika itu.

Setiausaha Agung Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SEKPUR), Mejar (B) Razali Zakaria berkata, pendedahan berhubung pertemuan di Kedutaan AS ketika lawatan Presiden AS ketika itu, Barack Obama ke Malaysia pada 2014 amat mengejutkan pihaknya dan rakyat Malaysia berikutan tuduhan itu hanya muncul selepas tempoh yang begitu lama.

Menurut beliau,  tempoh hampir sedekad tidak seharusnya menjadi alasan untuk membiarkan dakwaan berkenaan berlalu tanpa penelitian kerana jika benar wujud unsur campur tangan asing ketika itu, perkara sama perlu dipastikan tidak berulang pada masa kini.

“Ini satu perkara yang sensitif melibatkan kedaulatan negara kerana ada agensi ataupun pihak luar negara yang ingin menjatuhkan Kerajaan sah di Malaysia Ini satu perkara yang baru dan kita tidak boleh biarkan. Kalau ada unsur-unsur 10 tahun lepas, kita khuatir sekarang pun ada unsur-unsur tersebut.

“Oleh itu, kita mohon pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) ataupun pihak-pihak agensi yang berkaitan menyiasat ada atau tidak unsur- unsur ini sebab kita negara berdaulat, kita negara merdeka Negara asing, agensi asing tidak boleh campur tangan Dengan apa juga yang berlaku dalam politik negara kita,” katanya ketika ditemui media di hadapan Ibu Pejabat Daerah  (IPD) Dang Wangi, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Razali berkata, sekiranya dakwaan itu mempunyai asas, siasatan perlu menentukan punca, tujuan serta sejauh mana perkara berkenaan mempunyai kaitan dengan keselamatan negara.

“Kalau ada, satu tindakan kena diambil dan orang yang mengemukakan kenyataan tersebut perlu dipanggil dan disoal siasat Betul atau tidak? Kalau betul, kita kena tahu kenapa puncanya, apakah keselamatan negara kita boleh dijual, digadai kepada negara asing. Tak boleh berbuat demikian.

“Itu sebab kita telah buat laporan polis dan juga beberapa NGO semalam pun telah membuat laporan polis tapi kali ini kita buat sidang media dan kita minta sekali lagi pihak kerajaan melakukan dan mengambil tindakan,” katanya.

Terdahulu, Abdul Hadi mendedahkan bahawa seorang wakil Kedutaan AS pernah bertanya kepadanya mengenai calon yang dicadangkan parti itu sebagai Perdana Menteri.

Presiden Pas itu mendakwa pertemuan berkenaan berlaku ketika Pas masih menjadi sebahagian daripada gabungan Pakatan Rakyat, sekitar waktu lawatan Presiden AS ketika itu, Barack Obama, ke Malaysia.

Abdul Hadi turut mendakwa Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden Pas, Datuk Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebelum itu diberitahu oleh Duta AS bahawa kerajaan boleh dijatuhkan, dengan AS bersedia memberikan bantuan namun dua pemimpin itu tetap dengan pendirian mereka dan tidak terpengaruh dengan tawaran berkenaan.

Related Posts

Kenapa Pas tidak tinggalkan kedutaan jika benar AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan?

KUALA LUMPUR – Pas seharusnya bersikap tegas meninggalkan sebarang pertemuan dalam menjatuhkan kerajaan bersama kuasa asing sebagai tanda bantahan, namun kegagalan berbuat demikian menimbulkan persoalan serius terhadap sikap parti Islam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar

SHAH ALAM – Malaysia tidak boleh terus bergantung kepada teknologi yang dibangunkan negara lain, sebaliknya perlu berusaha mencipta, memiliki dan menguasai teknologi sendiri bagi memastikan daya saing negara terus kukuh.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

Kerjasama politik perlu lebih fleksibel selepas PRU

Kerjasama politik perlu lebih fleksibel selepas PRU

Kenapa Pas tidak tinggalkan kedutaan jika benar AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan?

Kenapa Pas tidak tinggalkan kedutaan jika benar AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan?

SAR enam pendaki hilang diperluas, aset darat, air dan udara digerakkan

SAR enam pendaki hilang diperluas, aset darat, air dan udara digerakkan

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar