Mustapha lancar Pelan Strategik Pembangunan Sepanggar

KOTA KINABALU – Pelancaran awal Pelan Strategik Pembangunan Sepanggar akan memberi tumpuan kepada pemerkasaan kemudahan asas demi kesejahteraan rakyat di kawasan tersebut.

Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mustapha Sakmud berkata, pelan itu masih berada di peringkat awal dan satu kajian menyeluruh akan dijalankan selama setahun dengan mengambil kira pelbagai aspek pembangunan.

“Pada hari ini, kita lancarkan dahulu asasnya, iaitu fokus utama pelan ini. 

“Kita akan mengadakan sesi libat urus bersama kita akan buat sesi libat urus dengan institusi pengajian tinggi kita, awam dan juga swasta dan semua agensi kerajaan negeri dan pusat untuk kita mantapkan lagi pelan pengisian tersebut.

“Selepas ini kita mahu pastikan bahawa sebelum pelan ini dilancarkan sepenuhnya, tidak ada perkara kritikal dan penting yang terlepas pandang, khususnya dalam memperkukuh pembangunan fizikal dan pembangunan insan di Parlimen Sepanggar,” katanya semasa sidang media di Majlis Jalinan Ukhuwah Aidilfitri Pendidikan Tinggi @ Sepanggar, di sini pada Sabtu.

Tambahnya, pelan pembangunan itu akan merangkumi pelbagai aspek termasuk jaringan jalan raya, bekalan air dan elektrik, isu setempat, penempatan setinggan dan lain-lain keperluan asas.

Pada masa yang sama, beliau menegaskan bahawa pembangunan insan tidak akan diabaikan dalam pelan tersebut.

“Kita mahu memastikan kesejahteraan warga Sepanggar terus terjaga dan mereka berasa bahagia tinggal di kawasan ini,” katanya.

Dalam majlis tersebut, beliau turut meluncurkan Buku Repositori Minda Madani 2024.

“Buku ini menghimpunkan pengalaman dan pandangan saya secara peribadi berkaitan masa depan pendidikan tinggi negara,”katanya

Beliau yang  juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, mengulas mengenai isu bekalan air di Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang kembali tular baru-baru ini, beliau meminta Jabatan Air Negeri (JAN) Sabah memberikan keutamaan kepada universiti itu.

Katanya, permintaan terhadap bekalan air meningkat terutama semasa musim perayaan dan penganjuran pelbagai acara besar, sekali gus menjejaskan bekalan air ke kampus UMS.

“Saya meminta pihak berkenaan meneliti semula pelaksanaan catuan air dan memberi keutamaan kepada UMS, memandangkan ramai pelajar sudah kembali ke kampus,” katanya.

Sehubungan itu, beliau turut memaklumkan bahawa program ‘Jom Masuk Universiti’ akan dilaksanakan dua kali, iaitu pada 19 hingga 20 April di Kompleks Sukan Sandakan dan 10 hingga 11 Mei di UMS.

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu