IEM tawar kepakaran siasat punca insiden letupan paip gas

PUTRAJAYA – Keberkesanan langkah keselamatan dan perlindungan sedia ada membabitkan saluran paip gas bawah tanah perlu dikaji secara menyeluruh dan ditambah baik.

Institusi Jurutera Malaysia (IEM) berkata, antara kebimbangan utama pihaknya adalah jarak kemudahan senang terbakar itu dengan kawasan perumahan berdekatan.

“Kami mempunyai lebih 42,000 ahli, termasuk ahli korporat yang juga pakar teknikal dan jurutera profesional antaranya dalam keselamatan dan kesihatan industri minyak dan gas.

“IEM sedia memberi sokongan dan panduan kepada agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan dalam menyiasat insiden itu,” katanya menerusi kenyataan, pada Rabu.

Dalam pada itu, IEM berharap penduduk yang tercedera akan segera pulih, selain mengucapkan penghargaan kepada pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) atas dedikasi dalam operasi mencari dan menyelamat serta usaha memadamkan kebakaran.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, seramai 100 mangsa menerima rawatan di beberapa hospital di sekitar Lembah Klang setakat jam 6 petang semalam, iaitu Hospital Putrajaya (14), Hospital Sultan Idris Shah, Serdang (28), Hospital Cyberjaya (25), Hospital Ampang (seorang) dan Hospital Kajang (dua).

Sementara itu, 30 lagi mangsa dirawat di empat hospital swasta iaitu 22 orang di Subang Jaya Medical Centre, Hospital Thomson (seorang), Avisena Specialist Hospital (lima) dan Columbia Asia Hospital (dua).

Related Posts

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Negeri Sembilan, Changkat Persekutuan, di sini, malam ini. Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa polis menyiasat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dan barisan Exco negeri itu berhubung keputusan menerima proklamasi penyingkiran Tuanku Muhriz…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET