Murid, warga pendidik terbabit insiden Putra Heights terima RM1,000

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyalurkan Bantuan Khas RM1,000 kepada murid dan warga pendidik yang terjejas dalam insiden kebakaran paip gas di Putra Heights.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, bantuan akan disalurkan dalam masa terdekat itu bertujuan meringankan beban mereka yang kehilangan kelengkapan persekolahan, termasuk buku teks.

“Untuk anak-anak, guru dan kakitangan KPM yang terlibat, kita akan berikan sumbangan RM1,000 seorang.

“Ini termasuk sumbangan lain untuk bantuan persekolahan. Sebab ada yang ‘total lost’ (musnah sepenuhnya), barang keperluan sekolah sudah tidak ada langsung dan musnah.

“Jadi saya minta JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) membantu. Kita akan mengaktifkan pasukan kaunselor di PPS (Pusat Pemindahan Sementara) ini dan pasukan sokongan akademik.

“Apa yang pasti, anak-anak ini belum boleh memulakan persekolahan mereka minggu depan kerana ia bergantung kepada persiapan dan kesihatan mereka.

“Perkara ini ambil sedikit masa bagi memastikan kesediaan mereka dari segi psikologi dan keperluan persekolahan yang lain,” katanya.

Beliau ditemui media selepas meninjau mangsa insiden kebakaran itu yang ditempatkan di PPS Masjid Putra Heights di sini.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, bilangan mangsa yang terlibat terutama melibatkan warga KPM agak besar iaitu seramai 102 mangsa termasuk lima guru serta kakitangan KPM.

“Empat murid juga masih dirawat di hospital. Insiden ini melibatkan anak-anak dari 23 buah sekolah disekitar kawasan ini. Untuk itu KPM ambil tanggungjawab penuh jaga kebajikan mereka,” katanya.

Related Posts

Pengamal media bantu polis tingkat kesedaran cegah jenayah

KANGAR – Peranan media bukan sekadar melaporkan kejadian jenayah malah menjadi medium penting membantu polis memberi kesedaran mengenai keselamatan kepada masyarakat. Bekas Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM bincang pelaksanaan polisi perlindungan murid bersama pemegang taruh

KETUA Pengarah Pendidikan dan Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan (KPM) sudah diminta mengadakan sesi khas bersama pemegang taruh berhubung pelaksanaan Polisi Perlindungan Murid Sekolah. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pendekatan tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP