Harga barang turun, pembangkang termenung tak dapat hasut rakyat

OH, sungguh tragis! Harga barang turun menjelang Aidilfitri, pastinya satu mimpi ngeri bagi pembangkang.

Betapa sedihnya mereka melihat rakyat dapat membeli keperluan perayaan dengan harga berpatutan tanpa perlu mengeluh di media sosial atau menyalahkan kerajaan siang malam.

Bagaimana mereka mahu mencipta naratif ‘rakyat menderita’ jika harga barangan terkawal?

Lebih memilukan, semua ini berlaku tanpa suntikan subsidi besar-besaran.

Mungkin ada yang sedang termenung, memikirkan bagaimana mahu mengkritik sesuatu yang memberi manfaat kepada rakyat.

Tidak mengapa, mereka pasti akan mencari sudut lain dan mungkin menuduh harga rendah ini hanya sementara atau mendakwa ia strategi politik semata-mata.

Tapi buat masa ini, marilah kita bersimpati dengan mereka yang kecewa kerana ‘krisis’ yang diharapkan tidak berlaku. Semoga mereka tabah menghadapi ujian ini!

Kerajaan, melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), telah mengambil pelbagai inisiatif untuk memastikan kestabilan harga barangan asas, termasuk kawalan harga tanpa subsidi dan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP).

Langkah-langkah ini bertujuan untuk mengekang kenaikan harga yang tidak terkawal dan mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat.​

Related Posts

Kerajaan perkukuh bantuan, elak golongan layak tercicir hadapi negara menua

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi tumpuan kepada usaha memastikan tiada golongan layak tercicir daripada menerima bantuan, di samping mengelakkan ketirisan kepada mereka yang tidak layak sebagai persediaan menghadapi status negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar: Isu 3R, tindakan terhadap media antara faktor Malaysia jatuh dalam indeks kebebasan media

KUALA LUMPUR – Isu berkaitan agama, raja dan kaum (3R), selain tindakan penguatkuasaan terhadap media serta kerangka perundangan negara, dikenal pasti antara faktor yang menyumbang kepada kemerosotan kedudukan Malaysia dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

18 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka di Johor

18 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka di Johor

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas