Vivian bimbang situasi bekalan air di Sandakan, JANS perlu pengarah berkelayakan

SANDAKAN – Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee menyuarakan kebimbangan terhadap situasi bekalan air yang terus mengganggu kehidupan rakyat Sabah, khususnya di Sandakan.

Menurut beliau, seorang Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang berkelayakan dan berpengalaman diperlukan untuk menangani isu bekalan air ini.

Beliau berkata, pelantikan Pengarah JANS sering berlaku dalam beberapa tahun kebelakangan ini dengan empat pengarah telah dilantik dalam tempoh yang singkat.

Katanya, ketidakstabilan pengurusan jabatan berkenaan yang gagal menyelesaikan masalah bekalan air yang berulang.

Menurut Vivian, sejak minggu lalu daerah Sandakan sekali lagi mengalami gangguan bekalan air yang teruk.

“Gangguan tersebut bermula dengan masalah bekalan elektrik oleh Sabah Electricity diikuti dengan ‘genset’ yang tidak berfungsi dan kini ditambah pula dengan kejadian paip pecah di Batu 2 (belakang Petronas).

“Kawasan tersebut tidak lagi sesuai untuk diletakkan paip air berikutan kejadian tanah runtuh yang sering berlaku selain menjadi kawasan ‘hotspot’ setinggan,” katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.

Vivian juga menekankan bahawa masalah berulang seperti paip pecah dan gangguan bekalan air yang sering berlaku membuktikan tiada penyelesaian konkrit yang diambil.

“Saya sebagai salah seorang rakyat Sandakan, tidak dapat menerima alasan yang diberikan.

“Berapa banyak notis gangguan bekalan air yang telah dikeluarkan oleh JANS kepada rakyat Sandakan?” soalnya.

Beliau berharap agar Pengarah JANS yang baharu dapat melaksanakan tugas dengan lebih berwibawa serta mengutamakan kepentingan rakyat.

Related Posts

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma

MIRI – Lebih 1,000 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pujut menerima manfaat menerusi Program Pemeriksaan Kesihatan Mata Pelajar Secara Percuma bagi mengesan masalah penglihatan pada peringkat awal. Inisiatif tersebut bertujuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Majlis Ngiling Bidai Subis himpun pelbagai kaum, terus pelihara aset perpaduan

MIRI – Penganjuran Majlis Makan Malam Ngiling Bidai Gawai 2026 Daerah Subis menjadi platform strategik menghimpunkan masyarakat pelbagai kaum bagi memperkukuh perpaduan dan semangat kebersamaan. Timbalan Menteri di Jabatan Premier…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rekod cemerlang Kerajaan MADANI beri nilai tambah kepada Pakatan Harapan – Penganalisis

Rekod cemerlang Kerajaan MADANI beri nilai tambah kepada Pakatan Harapan – Penganalisis

PRN Johor: Jentera dan penyokong Pas, Bersatu boikot calon Pejuang

PRN Johor: Jentera dan penyokong Pas, Bersatu boikot calon Pejuang

Jumlah murid Melayu daftar SJKC dan SJKT meningkat 

Jumlah murid Melayu daftar SJKC dan SJKT meningkat 

2 gol Mbappe bantu Perancis singkir Sweden

2 gol Mbappe bantu Perancis singkir Sweden

Mexico akhiri badi 40 tahun, kalahkan Ecuador 2-0

Mexico akhiri badi 40 tahun, kalahkan Ecuador 2-0

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma