Duit raya awal tradisi Surau Nur Iman, galak kanak-kanak hadir Tarawih

KUALA LUMPUR – Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri adalah sinonim dengan kanak-kanak dan mereka adalah golongan yang paling gembira sekiranya sambutan perayaan bermula.

Bagi mereka selain bercuti, hari raya merupakan masa bergembira berjumpa rakan-rakan dan mendapat duit raya.

Atas inisiatif yang sama, Surau Nur Iman di Taman Kencana, Kuala Lumpur  meneruskan tradisinya memberi duit raya kepada kanak-kanak di taman perumahannya kelmarin.

Majlis itu disertai kira-kira 150 kanak-kanak yang gembira menerima duit raya awal dan wang sumbangan daripada ahli jemaah surau bagi memeriahkan suasana menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Pengerusi surau, Suhaimi Arshad berkata, pemberian awal itu merupakan tradisi yang telah lama dilakukan dan akan diteruskan susulan program tersebut mendapat mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk.

Jelasnya, ia dilakukan sebelum masing-masing bercuti panjang sebelum Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi selain memeriahkan pesta ibadah sempena 10 terakhir Ramadan.

“Sebelum pemberian duit raya, penduduk di sink bersama-sama berbuka puasa, menunaikan solat Isyak dan tarawih berjemaah.

“Selain kita berikan duit raya, sumbangan juga diberikan kepada ahli jawatankuasa surau yang berkhidmat sempena Ramadan kali ini.

“Majlis tahunan kita ini turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pandan Indah, Datuk Ir Izham Hashim yang juga salah seorang Exco Kerajaan Selangor,” katanya ketika ditemui di surau tersebut, pada Sabtu malam.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan,
inisiatif tersebut dilaksana pihak surau bagi menggalakkan generasi muda mendekati institusi masjid terutama bulan Ramadan.

“Kita tidak tunggu hari raya, malam minggu terakhir Ramadan kali ini, kami mengumpul sumbangan jemaah dan memberikan duit raya kepada kanak-kanak di Taman Kencana.

“Selain memeriahkan hari raya mereka, sumbangan duit raya diberi sebelum mereka pulang ke kampung halaman masing-masing untuk beraya,” katanya.

Sementara itu, Suhaimi turut merakamkan penghargaan kepada Izham yang turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM5,000 kepada pihak surau.

“Beliau berharap tradisi sedemikian diteruskan pada Ramadan akan datang kerana ia juga salah satu amal baik yang dituntut agama,” katanya.

Related Posts

Pengamal media bantu polis tingkat kesedaran cegah jenayah

KANGAR – Peranan media bukan sekadar melaporkan kejadian jenayah malah menjadi medium penting membantu polis memberi kesedaran mengenai keselamatan kepada masyarakat. Bekas Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM bincang pelaksanaan polisi perlindungan murid bersama pemegang taruh

KETUA Pengarah Pendidikan dan Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan (KPM) sudah diminta mengadakan sesi khas bersama pemegang taruh berhubung pelaksanaan Polisi Perlindungan Murid Sekolah. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pendekatan tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP