Kerajaan Johor peruntuk lebih RM11 juta bantuan terhadap mangsa banjir

JOHOR BAHRU- Bagi meringankan beban kepada lebih 13,000 mangsa banjir di negeri ini, Kerajaan Johor bersetuju menyalurkan beberapa jenis bantuan membabitkan nilai keseluruhan sehingga RM11.2 juta.

Menteri Besarnya, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, Bantuan Khas Kewangan Bencana Banjir Monsun Timur Laut (MTL) Gelombang Kelima ini akan memberikan wang tunai sebanyak RM3,000 kepada semua 3,749 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas dengan bencana tersebut.

“Selain itu, prihatin terhadap nasib para peniaga
Bazar Ramadan dan Aidilfitri, Kerajaan Negeri turut bersetuju memberikan bantuan bernilai RM500 kepada 441 peniaga meliputi kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT).

“Dalam masa sama, peniaga Bazar Ramadan di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain turut tidak terkecuali menerima bantuan iaitu pengecualian ke atas semua caj yang dikenakan oleh PBT masing-masing.

“Ini membabitkan sembilan buah PBT di enam daerah terjejas banjir iaitu MBJB, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Majlis Perbandaran Batu Pahat, Majlis Perbandaran Kluang, Majlis Perbandaran Kulai, Majlis Perbandaran Pontian, Majlis Daerah Simpang Renggam dan MDKT,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar beliau, bagi peniaga Bazar Aidilfitri pula, sembilan PBT sama juga bersetuju memberikan pengecualian semua caj kecuali sewaan.

Onn Hafiz berkata, selain itu, Kerajaan Johor turut menyediakan bantuan baik pulih ke atas enam buah masjid, 17 surau dan 43 institusi pendidikan merangkumi sekolah agama, sekolah rendah, sekolah menengah, serta kolej vokasional yang terjejas dengan banjir.

“Bagi mangsa banjir yang tidak mendaftar di PPS masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan bagi pertimbangan bantuan. Permohonan boleh dibuat di Pejabat Daerah yang terlibat iaitu Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Pontian, Kluang, dan Batu Pahat sehingga akhir April 2025.

“Bantuan Khas Kewangan Bencana Banjir MTL Gelombang Kelima ini adalah usahasama antara Kerajaan Negeri, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), PBT dan Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor (PKPJ) yang diharap dapat meringankan beban mangsa banjir di Johor khususnya bagi persediaan menyambut Aidilfitri,” ujarnya.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP