Anwar hargai ketenangan, kesederhanaan Hajiji hadapi hiruk-pikuk politik

TUARAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai ketenangan dan kesederhanaan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dalam menghadapi suasana hiruk-pikuk politik di negeri ini. 

Menurutnya, kestabilan dalam politik itu penting buat masa ini yang dapat membantu kerajaan untuk fokus dalam pelan pembangunan negara.

“Saya ucap terima kasih tadi dalam mesyuarat kepada Ketua Menteri kerana beliau sudah dapat bantu, pertama, tenang dan menyederhanakan dalam suasana hiruk-pikuk politik yang tak berkesudahan.

“Ini penting sebab apa kita mahu ialah stabil, kestabilan ini bantu kita fokus dalam kerajaan sekarang. 

“Saya ucap terima kasih kepada rakan-rakan kita dalam semua parti bekerjasama memberi sokongan.

“Apabila kita stabil, kita boleh tumpu mengenai transisi tenaga, bagaimana dengan pelan pembangunan, bagaimana dengan AI (kecerdasan buatan) yang sekarang menjadi teknologi baharu yang hebat kencang merombak sistem dunia.

“Ini kita boleh fikir dengan tenang sebab politiknya stabil. 

“Kalau tidak mana mungkin Perdana Menteri dapat fikir masalah AI kerana AI – Anwar Ibrahim itu mahu ditumbangkan, jadi tumpu dalam soal pembangunan dan masalah rakyat,” katanya semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI Peringkat Negeri Sabah di Padang Istiadat, di sini pada Sabtu.

Sebelum itu, Anwar turut menghadiri mesyuarat khas pembangunan negeri di Pejabat Daerah Tuaran bersama Hajiji bagi membincangkan masalah berbangkit isu rakyat yang perlu diselesaikan.

“Saya jumpa Hajiji tadi, bukan cakap adakah tanah beri kepada saya sikit, ada tak balak untuk saya, tiada. 

“Sebaliknya kita bincang bagaimana miskin tegar, bagaimana rumah rakyat, bagaimana jalan berlubang, bagaimana bekalan air.

“Kita juga bincang projek-projek pelaksanaannya seperti air, elektrik, jalan, sekolah, klinik, semua dibincangkan, diluluskan dan bagaimana dilaksanakan dengan cepat,” ujarnya.

Majlis berbuka puasa tersebut menarik kehadiran lebih 10,000 orang yang hadir untuk bersama-sama meraikan Ramadan dan bertemu dengan pemimpin nombor satu negara.

Related Posts

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengisytiharkan 1 September depan sebagai cuti peristiwa bagi meraikan kejayaan kontinjen negeri itu muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026. Pengumuman itu dibuat oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

PETALING JAYA –  Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) perlu memastikan urusan dengan penggiat industri dilakukan dengan lebih cepat, jelas dan telus. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, kuasa yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion