Harapan Rakyat rai 70 anak yatim, asnaf beli baju raya dan buka puasa

TAWAU – Senyuman ceria jelas terpancar di wajah 70 anak yatim dan asnaf apabila mereka diraikan dengan merasai pengalaman membeli-belah baju raya dan berbuka puasa tajaan Parti Harapan Rakyat Sabah.

Ketua Wanitanya, Norazian Dumit berkata, program yang julung kali diadakan itu bertujuan bagi meringankan beban keluarga selain berkongsi kegembiraan dengan anak-anak yatim serta asnaf sekitar Merotai.

“Sejak tengah hari tadi, kami membawa semua anak yatim dan asnaf dari Merotai ke bandar Tawau untuk mencari baju raya setiap seorang sebelum berbuka puasa di sebuah restoran di bandar ini. 

“Apa yang membuatkan kami memilih mengadakan program ini kerana sebahagian daripada anak yatim dan asnaf tidak pernah berpeluang membeli baju raya baharu akibat kekangan kewangan,” katanya kepada media di Butik Pakaian Nur Haya, pada Sabtu. 

Jelas Norazian, idea untuk membawa anak-anak kurang bernasib baik ini disampaikan kepada Presiden Harapan Rakyat, Tan Sri Liew Yun Fah sebelum beliau bersetuju menaja sepenuhnya baju raya dan juadah berbuka puasa.

“Semoga menerusi cara ini, kita dapat berkongsi rezeki dan kegembiraan dengan anak-anak yatim serta asnaf Merotai khususnya menjelang Hari Raya Aidilfitri, tidak lama lagi,” katanya.

Sementara itu, ibu kepada penerima asnaf, Erni Putri Nasri, 45, menzahirkan penghargaan atas keprihatinan Harapan Rakyat yang memilih dua anaknya menerima baju raya baharu. 

“Saya amat berterima kasih kerana program sebegini dapat membantu ibu bapa yang tidak berkemampuan seperti kami membuat persiapan raya.

“Anak-anak pun tadi sangat gembira apabila berpusu-pusu membeli baju raya mengikut warna pilihan masing-masing,” katanya. 

Bagi Mohd Ambirul Aiman, 11, peluang memilih baju raya merupakan peluang berharga bagi dirinya dan bersyukur atas rezeki yang dikongsikan kepadanya. 

“Sebelum ini saya tidak pernah berpeluang membeli baju raya baharu, jadi saya cukup gembira dan bersyukur kerana berpeluang untuk membelinya hari ini,” kongsinya.

Related Posts

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan