Banjir: JKM mungkin beku cuti raya kakitangan jika perlu – Nancy 

KUCHING – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia untuk membekukan cuti raya kakitangannya dalam persediaan menghadapi banjir.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, pihak JKM sedang meneliti untuk membekukan cuti raya kakitangannya sebagai persediaan menghadapi banjir berikutan cuaca buruk dijangka sehingga Aidilfitri ini.

“Situasi banjir yang buruk sedang melanda di Johor, Sabah dan Sarawak menjadi petanda supaya JKM sentiasa bersiap sedia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui oleh media pada Majlis Sumbangan Ramadan dan Agihan Bubur Lambuk Parlimen Santubong, di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak pada Jumaat.

Sementara itu, Nancy berkata, situasi banjir di Johor di luar jangkaan, namun bersyukur dapat ditangani dengan baik.

Menurutnya, seramai 8,148 mangsa banjir daripada 2,476 keluarga di Johor ditempatkan di 97 pusat pemindahan sementara (PPS).

“Pihak JKM sentiasa bersiap sedia menghadapi bencana luar jangkaan seperti banjir supaya penduduk terjejas sentiasa mendapat bantuan,” kata beliau lagi.

Related Posts

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

SEMPORNA – Rangkaian Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara kini mencecah 14,068 premis setakat 7 Ogos lalu, berbanding kira-kira 700 premis ketika program itu diperkenalkan pada 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

AYER KEROH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu-satunya parti yang melihat tuntutan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP