Tabung Haji isytihar agihan keuntungan 3.25 peratus, tertinggi sejak 2017

LEMBAGA Tabung Haji telah mengisytiharkan agihan keuntungan tertinggi sebanyak 3.25 peratus selepas zakat bagi tahun kewangan 2024, menandakan pembayaran tertinggi dalam tempoh tujuh tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, agihan keuntungan itu melibatkan sejumlah RM 2.92 bilion dan akan memanfaatkan lebih 9.54 juta pendeposit TH.

“Atas tatakelola ahli Lembaga, kecekapan barisan pengurusan dan komitmen tinggi warga Tabung Haji, perkhidmatan yang cemerlang telah berjaya digembleng demi keselesaan dan kesejahteraan para pendeposit dan jemaah haji Malaysia.

“Saya dengan rasa kesyukuran kepada Allah SWT mengumumkan Agihan Keuntungan Tahun Kewangan 2024 adalah pada kadar 3.25 peratus setelah mengambil kira pelunasan zakat sebanyak 2.5775 peratus,” katanya pada sidang media pada Selasa.

TH juga mengisytiharkan zakat sebanyak 2.58 peratus untuk tahun kewangan 2024 menjadikan jumlah bayaran zakat kepada semua Majlis Agama Islam Negeri bagi pihak pendeposit kepada RM99.35 juta.

Related Posts

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

BUKIT MERTAJAM – Malaysia terus diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai antara negara Islam contoh dalam pengurusan hal ehwal Islam hasil kejayaan pelbagai institusi dan dasar yang dibangunkan secara tersusun, kata…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

BATU PAHAT – Impian yang disimpan sejak 1998 untuk bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menjadi kenyataan buat seorang warga emas yang mengakui mengalirkan air mata sebaik sahaja bersua bersama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok

  • By Aden
  • July 6, 2026
Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok