Siasatan terhadap SEB perlu tegas, telus – MCW

PUTRAJAYA – Sikap ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta entiti korporat utama adalah aspek yang tidak boleh dikompromi.

Sehubungan itu, Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berpandangan, keperluan mekanisme kawal selia dalam syarikat GLC dan sektor korporat diperketatkan susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Sapura Energy Berhad (SEB).

Menurutnya, cadangan itu termasuk memperkukuh sistem pemantauan dan pengauditan dalaman serta meningkatkan keberkesanan pelaksanaan dasar antirasuah

“Adalah penting bagi memastikan individu yang diberi amanah untuk mengurus syarikat-syarikat besar ini tidak menyalahgunakan kuasa demi kepentingan peribadi.

“MCW memandang serius laporan siasatan SPRM terhadap Sapura Energy Berhad berhubung dakwaan penyelewengan dan rasuah,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media, berkaitan SPRM membuka dua kertas siasatan selepas menerima maklumat berhubung pembayaran rasuah dan penyelewengan melibatkan SEB iaitu syarikat penyedia penyelesaian minyak dan gas.

Menurut sumber, siasatan itu adalah berdasarkan siasatan awal yang dibuka SPRM pada penghujung 2023 yang juga melibatkan tuntutan-tuntutan yang dibuat syarikat berkenaan.

Mengulas lanjut, Jais berkata, berdasarkan kefahaman awam, SEB mempunyai struktur tadbir urus yang merangkumi Lembaga Pengarah, Pengarah Bebas, Jawatankuasa Audit, serta Jawatankuasa Imbuhan.

“Kesemua individu dalam jawatankuasa ini memainkan peranan penting dalam kelulusan pembayaran dan keputusan kewangan syarikat.

“Oleh itu, prinsip tanggungjawab kolektif perlu ditegakkan, dan tiada seorang pun ahli lembaga boleh melepaskan diri dengan alasan tidak mengetahui keputusan yang dibuat,” katanya.

Sementara itu, Jais melahirkan keyakinan SPRM akan menjalankan siasatan yang menyeluruh dan bebas tanpa sebarang campur tangan bagi memastikan mereka yang terlibat dalam dakwaan rasuah melibatkan SEB tersebut dibawa ke muka pengadilan.

“Sekiranya terdapat bukti salah laku, tindakan undang-undang yang tegas perlu diambil bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap ketelusan korporat di Malaysia.

“MCW akan terus memantau perkembangan kes ini dan bekerjasama dengan pihak berkuasa serta masyarakat bagi memastikan integriti dan ketelusan dalam sektor korporat sentiasa terpelihara,” katanya.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi tulisan terbaharunya bertajuk ‘Penyelesaian Yang Gagal‘ melontarkan kritikan keras terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Kritikan tersebut menggambarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit