MINDEF fokus kebajikan warga ATM, peruntukan lebih RM2 bilion di Sabah

KOTA BELUD – Kementerian Pertahanan (MINDEF) memperuntukkan lebih RM2 bilion untuk Sabah, menunjukkan komitmen kerajaan dalam mengutamakan kebajikan dan pertahanan negara bagi keperluan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, peruntukan itu meliputi projek peringkat perancangan, perolehan dan pelaksanaan.

“Peruntukan ini melibatkan penyelenggaraan, pembinaan rumah anggota, kemudahan asas dan pembinaan tiga pos sempadan baharu dan projek-projek yang melibatkan tentera darat dan juga tentera laut.

“Yang utama adalah rumah-rumah kakitangan anggota tentera seperti yang kita lihat tadi, untuk Kem Paradise ini sebanyak lebih RM4 juta diberikan untuk peruntukan selenggara.

“Di Kota Belud sahaja, sebanyak RM600 juta diperuntukkan, sementara di Kem Felda Sahabat Lahad Datu, lebih RM500 juta dan di Kem Lok Kawi lebih RM200 juta termasuk pembinaan klinik kesihatan dan klinik pergigian,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa Menteri Pertahanan Malaysia bersama warga Kem Paradise, di sini, pada Ahad.


Mengulas lanjut mengenai pembangunan industri pertahanan negara, Khaled berkata, kerajaan perlu mengurangkan kebergantungan kepada pembekalan aset-aset luar dengan memperkasakan industri pertahanan negara.

“Kita perlu bertindak secara serius dalam membangunkan sendiri keperluan pertahanan negara.

“Memang kita mengakui untuk buat kapal terbang dan sebagainya mungkin tidak boleh, tetapi kapal kita sudah boleh kalau kita lihat pada Projek Littoral Combat Ship (LCS) dan peralatan-peralatan lain,” katanya.



Dalam pada itu, MINDEF terus memastikan pertahanan negara sentiasa dalam keadaan bersedia melalui kesiapsiagaan anggota, peralatan dan aset selain semangat anggota keselamatan dalam melaksanakan tanggungjawab.

“Dengan lawatan di lapangan sebegini, saya juga dapat melihat, memahami isu-isu dan juga cabaran-cabaran yang terdapat terutamanya Kem seperti Kem Paradise.

“Sabah sebagai salah satu daripada negeri yang memang kita berikan perhatian daripada sudut pertahanan negara dan memastikan pertahanan di Sabah sentiasa dalam keadaan yang terkawal.

“Kita juga menekankan kepada soal kesejahteraan untuk anggota-anggota dan sebab itulah kita bukan sahaja menyampaikan bantuan tetapi memastikan semua projek-projek dapat dijalankan dan dijayakan,” ujarnya.

Pada majlis sama, beliau turut menyerahkan replika cek Peruntukan Senggaraan Rumah Keluarga Angkatan Tentera dan Blok Penginapan Tahun 2025 sebanyak lebih RM4 juta.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM