Krisis kekurangan air bersih di Gaza melarat

GAZA – Penduduk di Semenanjung Gaza kini terdedah kepada krisis kekurangan bekalan air bersih yang kritikal akibat pemberhentian bekalan daripada syarikat air Israel, Mekorot yang menyalurkan kira-kira 70 peratus keperluan air harian disana.

Majlis Perbandaran Gaza menerusi satu kenyataan, memberi amaran bahawa krisis air yang semakin kritikal disana boleh menyebabkan kehausan melampau berikutan penutupan lintasan sempadan oleh Israel dan ancaman untuk memutuskan bekalan air.

“Talian air Mekorot membekalkan kira-kira 70 peratus daripada keperluan air harian Bandar Gaza.

“Jika bekalan air dari talian ini diputuskan, ia boleh menyebabkan kekurangan air yang besar, mengancam nyawa orang awam dan memburukkan keadaan kesihatan awam, dengan potensi penyebaran penyakit,” katanya.

Mekorot, sebuah syarikat air Israel, merupakan salah satu sumber utama bekalan air bagi Semenanjung Gaza malah syarikat itu telah beroperasi di bawah kawalan penuh Israel, menjadikannya alat tekanan utama dalam sekatan berterusan ke atas Gaza.

Sejak fasa pertama perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan berakhir pada awal Mac, Israel sekali lagi menutup semua lintasan ke Gaza dan menyekat kemasukan bantuan kemanusiaan.

Penutupan itu, serta tindakan Israel memotong bekalan elektrik ke Gaza, telah menyebabkan penutupan kemudahan rawatan air dan kumbahan yang penting, sekali gus memburukkan lagi keadaan kemanusiaan yang sudah pun teruk di wilayah itu.

Pegawai Israel berulang kali mengancam untuk memutuskan bekalan elektrik dan air ke Gaza sebagai kaedah menekan kumpulan Palestin, Hamas.

Pada 4 Mac, Omer Dostri, jurucakap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata bahawa pemotongan bekalan air dan elektrik ke Gaza bukan sesuatu yang mustahil, malah boleh digunakan sebagai taktik tekanan.

Majlis Perbandaran Gaza menyatakan bahawa pencegahan berterusan terhadap kemasukan bahan api dan tenaga yang diperlukan untuk mengendalikan kemudahan kritikal akan menyebabkan gangguan besar terhadap perkhidmatan air dan sanitasi.

Ia menyeru supaya tekanan dikenakan ke atas pendudukan Israel untuk menghormati undang-undang dan perjanjian antarabangsa, serta memastikan bekalan air dan tenaga tidak terjejas.

Perjanjian gencatan senjata yang berkuat kuasa sejak Januari telah menghentikan kempen ketenteraan Israel yang kejam ke atas Gaza, yang telah mengorbankan lebih daripada 48,500 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta menyebabkan wilayah itu musnah.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap pada November tahun lalu terhadap Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant, atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel juga menghadapi kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa atas perang yang dilancarkannya ke atas wilayah itu.

Related Posts

Lebih 150 orang awam maut akibat operasi tentera AS di Yaman

WASHINGTON – Operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) mengorbankan 153 orang awam dan mencederakan 243 yang lain sepanjang 2025, menurut seorang pegawai AS, yang memetik penilaian Pentagon. Jumlah itu meningkat ketara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 100,000 hektar hutan Indonesia terbakar, risiko jerebu rentas sempadan

JAKARTA – Lebih 107,000 hektar kawasan hutan dan tanah di seluruh Indonesia terjejas akibat kebakaran setakat Isnin, dengan kerajaan meningkatkan usaha bagi mengelakkan jerebu rentas sempadan menjejaskan negara jiran. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini