Ops Gegar : 21 warga asing ditahan di pusat hiburan

KOTA KINABALU – Jabatan Imigresen Malaysia Sabah menahan 21 warga asing menerusi Ops Gegar di dua pusat hiburan di Kota Kinabalu dan Penampang, pada Ahad.

Pengarahnya, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof berkata, operasi bermula pukul 12 tengah malam itu berjaya menahan warga Vietnam, Filipina dan Indonesia atas pelbagai kesalahan.

“Serbuan pertama di premis hiburan itu membawa kepada penahanan tujuh warga asing yang terdiri daripada seorang lelaki warga Filipina dan enam wanita Vietnam.

“Di lokasi serbuan kedua, 14 individu ditahan iaitu dua lelaki dan lima wanita Filipina serta lima lelaki dan dua wanita Indonesia,” katanya dalam kenyataan media, pada Ahad.


Beliau berkata, beberapa barangan turut dirampas termasuk lesen perniagaan, wang tunai berjumlah RM3,957 di lokasi pertama, dokumen perjanjian sewaan serta dua buah buku catatan.

“Mereka dipercayai melanggar Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu salah guna pas yang dikeluarkan, Seksyen 6(1)(c) tiada dokumen pengenalan diri serta Seksyen 15(1)(c) tinggal lebih masa dibawah Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya.

Tegas Saleha, pihaknya komited dalam menjamin kedaulatan dan keselamatan negara dengan memastikan hanya individu yang mematuhi undang-undang Imigresen dibenarkan bekerja dan menetap di Malaysia.

Justeru, beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti Pendatang Asing Tanpa Izin atau mana-mana premis yang menggaji warga asing secara tidak sah untuk tampil menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM