Sarawak terus maju ke hadapan dalam bidang tenaga boleh diperbaharui – Fadillah

KUCHING – Sarawak terus maju ke hadapan dalam bidang tenaga boleh diperbaharui seperti solar, hidrogen dan gas.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pencapaian ini membuktikan komited kerajaan MADANI dalam mencapai sasaran pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.

“Sasaran ini juga selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR),” ujar beliau.

Tambah beliau, Sarawak pula berada pada tahap yang maju dalam tenaga boleh diperbaharui bukan hanya bergantung pada hidrogen semata-mata.

“Ini termasuk menerokai tenaga boleh diperbaharui seperti tenaga solar,” ujar beliau lagi ketika ditemui media pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim dan Asnaf anjuran Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) Sarawak di Dewan Hikmah Petra Jaya pada Ahad.

Sementara itu, Fadillah turut menekankan tiga aspek penting iaitu jaminan bekalan tenaga, kelestarian alam sekitar dan kemampuan harga.

“Sekiranya kita mampu menghasilkan tenaga tetapi rakyat tidak mampu membayar juga menjadi antara cabaran untuk kita,” jelas beliau.

Dalam memperkukuh usaha ini, kata beliau lagi, Malaysia akan menerajui ASEAN Power Grid yang merupakan inisiatif yang bakal mempertingkatkan integrasi tenaga pada peringkat ASEAN.

Melalui ASEAN Power Grid, Sarawak berpotensi menjadi hab tenaga boleh diperbaharui dengan memanfaat limpahan tenaga hidro dan solar. 

Related Posts

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menegaskan pihaknya tidak terlibat secara langsung dalam penganjuran program Songkran Sunset Splash Run yang dianjurkan, baru-baru ini. DBKK dalam satu kenyataan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

GEORGE TOWN – Kira-kira 10,000 pengguna di Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan tidak akan terjejas bekalan air ketika kerja-kerja penyambungan akhir saluran paip melintasi Sungai Perai dilaksanakan minggu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah