Himpunan solidariti Palestin Ahad ini

PUTRAJAYA – Bagi menyatakan solidariti kepada Palestin, satu perhimpunan akan diadakan Ahad ini bagi memberi isyarat jelas pendirian rakyat Malaysia kepada masyarakat antarabangsa.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, perhimpunan yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula jam 8 malam itu, diputuskan pada mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu.

Katanya, perhimpunan itu dijangka dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama barisan Kabinet serta pemimpin negara.

“Rakyat Malaysia dijemput hadir dan kita membuka ruang ini kepada semua pihak untuk bersama memberikan solidariti (dalam isu Palestin).

“Ini juga diharap menjadi isyarat yang jelas kepada masyarakat antarabangsa bahawa pendirian rakyat Malaysia dalam isu Palestin tidak berubah, kita akan terus bersolidariti dengan rakyat Palestin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Related Posts

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) meraih kejayaan besar apabila memperoleh peruntukan bernilai RM1.5 juta daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui satu memorandum bagi memperkasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

  • By Ynom
  • April 22, 2026
Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara