Melaka intai kerjasama dengan pakar pengangkutan Australia

KETUA Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bersama delegasi kerajaan negeri telah berlepas ke Melbourne semalam sempena lawatan kerja rasmi bagi program pemindahan teknologi 2024.

Ab Rauf berkata, Australian Road Research Board (ARRB) dipilih kerana kemampuannya sebagai peneraju organisasi penyelidikan pengangkutan khusus untuk penyelidikan, perundingan dan pembangunan amalan terbaik dalam infrastruktur jalan serta pengangkutan di Australia.

Ini juga akan memberi manfaat buat kesemua Jurutera termasuk dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka supaya dapat melihat sendiri bagaimana kaedah terbaik penyelenggaraan jalan raya di Australia seterusnya dapat diaplikasikan ke negeri Melaka.

Menurut Rauf, matlamat utama dalam pengisian lawatan ini adalah untuk memupuk kerjasama diperingkat antarabangsa termasuklah meningkatkan keupayaan teknikal selain mewujudkan hubungan yang kukuh antara dua negara dari aspek teknikal organisasi.

“Kerajaan negeri juga mahu meneroka teknologi inovatif terbaik daripada pemimpin industri, selain dapatkan pendedahan teknologi terkini dan pasaran antarabangsa”. Katanya.

Tegasnya, lawatan ini dapat meningkatkan pengetahuan dan menambah baik jalan raya sebagai amalan penyelenggaraan dan pembinaan di Melaka.

Lawatan kerja itu turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azhar Arshad, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer serta Exco Sains, Teknologi, Invosasi dan Komunikasi Digital Negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan.

Related Posts

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

NEW YORK – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, menegaskan dunia mesti segera memulakan pembinaan semula Semenanjung Gaza yang musnah akibat serangan berterusan Israel. “Kita mesti memulakan pembinaan semula Semenanjung Gaza…

Lebih lanjut

teruskan membaca
90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar