PMX terima ‘report’ tandas rosak di bazar Ramadan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila meluangkan sedikit masa untuk mendengar aduan daripada seorang pelajar tentang kerosakan tandas yang berlaku di sekolahnya semasa sesi kunjungan beliau ke salah satu bazar Ramadan di Perak semalam. 

Menerusi perkongsian seorang pengguna di laman TikTok @norsahida89, semasa berkunjung ke Bazar Ramadan Kamunting itu, Perdana Menteri sempat beramah mesra dan bertanyakan kepada seorang pelajar tentang keadaan fasiliti di sekolahnya.

”Kisahnya budak tu tak mengadu pun, PMX (Anwar) yang bertanya, sekolah okey? Tandas okey tak? Korang yang kata dia extras (pelakon tambahan) bagai, kesian dia, fitnah bulan-bulan puasa ni,” jelas pengguna tersebut.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian ialah apabila figura seorang pemimpin tertinggi negara sanggup untuk mendengar dan mengambil perhatian terhadap aduan yang dilontarkan oleh seorang pelajar sekolah rendah tentang masalah yang dihadapinya, walaupun di tempat yang tidak formal seperti bazar Ramadan.

“Dua rosak, dua boleh pakai, Sekolah Kebangsaan Long Jaafar (sambil memberitahu pegawainya),.. Saya kena call (telefon) Fadhlina (Menteri Pendidikan) sekejap lagi,” kata Anwar.

Perkara tersebut turut mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang hadir di ruangan di komen selepas ‘diseru’ namanya sekaligus menunjukkan kepantasan Kerajaan MADANI dalam bertindak menyelesaikan masalah rakyat.

“Okay PMX, dengar nama saya diseru!,” seloroh Fadhlina.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata pengguna media sosial turut kagum dengan cara Perdana Menteri yang ‘santai’ dan mudah didekati sehingga rakyat boleh beramah mesra serta mengadukan masalah secara langsung kepada pemimpin negara.

“Tidak pernah dalam sejarah mana-mana murid sekolah mengadu kerosakan terus kepada Perdana Menteri… kerana perdana menteri-perdana menteri sebelum ini tidak semesra dengan murid-murid atau budak-budak macam PMX, pasal tu budak-budak sekolah pun berani bercakap dengan PMX seperti kenalan lama,” kata @johson.

“PMX biasa datang ke SK Long Jaafar masa jadi Menteri Pelajaran tahun 1992 atau 1993 dahulu dan bagi peruntukan baiki padang sekolah dan berjumpa kawan baik beliau,” komen @Hazaimah Kulob.

“Hebat budak ni boleh masuk buku sejarah, video ni akan bertahan puluhan tahun dan jadi kenangan pada budak tu, direct mengadu kepada PMX. PMX memang buat kerja, melompat guru besar sekolah tu PMX sebut nama sekolah,” ujar @hatamohamed. 

Related Posts

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

PUTRAJAYA – Pindaan terhadap Akta Tabung Haji 1995 perlu diberi keutamaan susulan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH), bagi memastikan kelemahan tadbir urus yang dikenal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik langkah kerajaan meminda Akta Tabung Haji 1995 sebagai usaha memperkukuh tatakelola serta memastikan amanah umat Islam yang dipertanggungjawabkan kepada institusi itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan