RUU PSB: Pembangkang jangan ganggu usaha kerajaan bela nasib Melayu

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik tindakan sesetengah pihak yang menentang cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB).

Anwar berkata, pemimpin-pemimpin yang mengkritik ini kelihatan hilang hala tuju dengan mendakwa perundangan itu akan meminggirkan orang Melayu dan masyarakat Bumiputera.

“Kita nak gunakan undang-undang ini untuk bangunkan semula supaya orang Melayu di bandaraya Kuala Lumpur umpamanya tidak hidup merempat, setelah 50 tahun, 60 tahun macam itu juga.. satu kamar (tapi) ditentang, nak buat perhimpunan.

“Saya nak beritahu mereka, jangan cabar kita. Kita nak bela nasib orang miskin, majoriti Melayu, sebahagian kecilnya India dan ada juga Cina, tapi kamu nak ganggu.

“Kalau dia buat himpunan, kita boleh buat perhimpunan satu stadium untuk pertahankan dasar membela nasib orang Melayu,” kata Anwar ketika merasmikan Wakaf MARA MADANI di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata pemimpin Melayu dari parti Melayu dan Islam itu tidak pernah mencadangkan inisiatif untuk membantu orang Melayu di kawasan bandar.

“Dan yang menentang ni orang Melayu, guna atas nama parti Melayu, parti Islam, apa dia pernah cadang untuk tolong Melayu? Tidak ada, atau cadang nak dilakukan untuk membela nasib Melayu miskin di bandar? Tidak ada.

“Sebab itu kita usulkan (rancangan pembangunan semula bandar). Kalau nak ditegur, (silakan) tegur. Nak bagi pandangan tambahan, silakan, tetapi jangan khianati usaha kita,” katanya.

Beliau berulang kali menegaskan bahawa RUU PSB yang akan dibentangkan di Parlimen akhir tahun ini, tidak akan mengubah status tanah terjejas dan menolak tuduhan bahawa kerajaan menghakis hak tanah Melayu.

Terdahulu, Pemuda Pas bercadang untuk menganjurkan himpunan besar-besaran bagi membantah cadangan kerajaan memperkenalkan Rang Undang-undang itu.

Turut hadir pada majlis hari ini ialah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya, Datuk Rubiah Wang, serta Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Pada majlis sama, beliau turut melancarkan Wakaf MARA MADANI bertujuan memperkasa agenda Bumiputera dan Melayu dalam pendidikan dan pembangunan keusahawanan.

Related Posts

Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan, lebih 100 hadir beri penghormatan terakhir

BATU PAHAT – Jenazah Allahyarham Irene Sofiya Mohd. Khairool Faisal, 16, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Arshad, Yong Peng, di sini, kira-kira jam 7.50 malam tadi. Suasana pilu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Melaka: JKOM perhebat usaha bendung berita palsu

SEBERANG PERAI – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan mempergiat usaha membendung penyebaran berita palsu dan maklumat tidak tepat di media sosial sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan, lebih 100 hadir beri penghormatan terakhir

Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan, lebih 100 hadir beri penghormatan terakhir

PRN Melaka: JKOM perhebat usaha bendung berita palsu

PRN Melaka: JKOM perhebat usaha bendung berita palsu

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel TNB

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel TNB

Belanjawan 2027: M40 saran kerajaan nilai pendapatan boleh guna, bukan sekadar gaji kasar

Belanjawan 2027: M40 saran kerajaan nilai pendapatan boleh guna, bukan sekadar gaji kasar

Lebih RM101 juta naik taraf Saratok Waterfront

Lebih RM101 juta naik taraf Saratok Waterfront

Belanjawan 2027: Pelepasan cukai taska bantu ibu M40 bekerja

Belanjawan 2027: Pelepasan cukai taska bantu ibu M40 bekerja