TUNGKU – Pemimpin di seluruh negeri ini diseru agar lebih peka dan prihatin terhadap keperluan rumah ibadat, khususnya surau dan masjid di luar bandar yang memerlukan penyelenggaraan.
Naib Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (StarSabah), Suling Isib berkata, keperluan pembaikan segera kerosakan dari aspek peralatan dan struktur bangunan penting demi kesejahteraan masyarakat.
“Keprihatinan terhadap rumah ibadat amat perlu bukan sahaja untuk keperluan semasa tetapi juga untuk kesejahteraan jangka panjang.
“Justeru, pemimpin harus mengutamakan kebajikan rumah ibadat tanpa mengira agama, agar setiap komuniti dapat beribadah dengan selesa dan aman,” katanya selepas mengadakan lawatan serta menyampaikan sumbangan di Masjid Felda Sahabat dan beberapa masjid serta surau di sekitar Tungku.
Dalam lawatan itu, Suling yang juga Ketua Gabungan Rakyat sabah (GRS) Sabah zon Tungku turut memberi sumbangan berupa wang tunai dan kurma kepada masyarakat Islam di kawasan tersebut bersempena bulan Ramadan selain membuka ruang untuk beramah mesra dengan penduduk setempat.
Dalam pada itu, Suling turut menegaskan bahawa StarSabah berpegang teguh kepada prinsip perpaduan dan menolak sebarang usaha membawa isu sensitif berkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R) di Sabah.
“Kita harus menghargai serta meraikan kepelbagaian agama dan budaya di negeri ini.
“Sikap saling hormat-menghormati dan berkasih sayang adalah kunci utama dalam mengekalkan perpaduan serta keharmonian masyarakat,” katanya.
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI
KUALA LUMPUR – Sebanyak 12 daripada keseluruhan 16 perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dimuktamadkan setakat ini diselesaikan di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah…
Lebih lanjut





