Ops Campur: 99 kertas siasatan dibuka

SEBANYAK 99 kertas siasatan dibuka dalam usaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membanteras kegiatan mencampur beras putih tempatan dengan beras import.

Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali, berkata, berdasarkan Ops Campur yang diadakan, pihaknya telah membuat pemeriksaan ke atas 308 premis pengilang dan pembungkus di seluruh negara.

“Susulan arahan saya berikan kepada bahagian penguatkuasaan, mereka pergi ke premis pengilang, pemborong dan pembungkus, hasilnya kita ada 99 sampel beras setakat ini yang disyaki mengandungi campuran beras tempatan dan import.

“Sebanyak 17 daripada sampel itu kita sudah serahkan kepada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk dijalankan analisis,” katanya selepas menyempurnakan Hari Bersama NGO Kepenggunaan 2025, semalam.

MARDI menerusi Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi baru-baru ini mendedahkan 40 hingga 50 peratus beras putih import (BPI) daripada 5,000 sampel yang dianalisis, disahkan bercampur dengan beras putih tempatan (BPT).

Sebelum ini, Pegawai Penyelidik Kanan Biologikal Sains (Genetik) Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi MARDI, Mohd Shahril Firdaus Ab Razak dilaporkan berkata, kajian menggunakan teknologi pencapjarian asid deoksiribonukleik (DNA) beras itu dijalankan sepanjang 2023 dan 2024.

Susulan pendedahan itu, KPDN melaksanakan Ops Campur merangkumi perundangan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730), iaitu tindakan undang-undang akan diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati membuat perihal dagangan palsu mengenai kandungan, jenis atau nama di bawah Seksyen 5 Akta 730.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak