‘Kita lawan kumpulan punggah kekayaan guna nama Melayu, Bumiputera’

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran akan memerangi habis-habisan kumpulan yang cuba mengumpul kekayaan menggunakan nama Melayu dan Bumiputera.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pengkhianatan itu mengakibatkan banyak dana dikhususkan untuk komuniti itu lebur.

“Jangan guna nama Melayu bagi memunggah kekayaan untuk peribadi, jangan guna peluang atas nama Bumiputera untuk mengkhianati amanah.

“Kita akan lawan dan perang kumpulan ini, berapa banyak dana Bumiputera yang lebur kerana isu tatakelola tidak diurus (dengan telus), kita cakap soal AI (kecerdasan buatan) tetapi prinsipnya soal akhlak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Majlis Amanah Rakyat (MARA) ke-59 di ibu negara, pada Sabtu.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Anwar juga menggesa MARA mengambil peranan lebih ke depan untuk melawan sentimen melemahkan dan melonglaikan semangat bangsa Melayu dan Bumiputera.

“Kita kena betulkan pandangan meleset, lemah dan longlaikan semangat bangsa…kita buktikan sebaliknya dan mahu MARA ambil peranan ini,” katanya.

Perdana Menteri turut menegaskan pentadbirannya tidak akan tunduk terhadap sebarang desakan yang mungkin wujud susulan keputusan kerajaan menetapkan 70 peratus murid bawah Kementerian Pendidikan (KPM) dan MARA mesti mengikuti pendidikan sains, matematik, kejuruteraan dan teknologi (STEM) bermula tahun depan.

Menurutnya, langkah itu dibuat bagi menangani kemerosotan minat pelajar Melayu dan Bumiputera dalam STEM yang dibimbangi akan memberi kesan pada masa depan.

“Kalau ada ibu bapa atau gesaan dari ketua parti politik tak senang, saya percaya kita ada kekuatan untuk kata tidak.

“Kita mahu Melayu dan Bumiputera ‘survive’ dalam pembangunan ini,” tegasnya.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak